March 2, 2010

Celcom Axiata peroleh untung bersih RM1.54b

Syarikat laksana transformasi selepas pelan pemulihan selesai

CELCOM Axiata Bhd bermula tahun ini akan melaksanakan pula pelan transformasi perniagaannya setelah selesainya program pemulihan yang dilaksanakannya sejak tiga tahun lalu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, anak syarikat Axiata Bhd itu meraih keuntungan bersih RM1.54 bilion, meningkat 19 peratus daripada RM1.294 bilion tahun sebelumnya.




Ia diraihnya daripada pendapatan RM6.324 bilion, naik 12.8 peratus daripada RM5.606 bilion.

Dari segi sukuan, keputusan itu adalah pertumbuhan bagi suku tahunan ke-15 berturut-turut sejak 2006, sekali gus membolehkannya mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran telekomunikasi mudah alih tempatan dengan mencatat pertumbuhan dua angka dalam semua segmen perniagaan utamanya.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pelan transformasi yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun itu, bakal menyaksikan usaha menambah baik produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, termasuk menaik taraf rangkaian, penambahan cawangan, mengukuh serta memperkenalkan perkhidmatan baru.

"Celcom sudah berjaya melaksanakan program pemulihannya dan program yang berakhir tahun lalu itu menghasilkan angka di luar jangkaan. Namun, ia tidak bermakna Celcom sudah 100 peratus sihat untuk bersaing dalam perlawanan besar kerana untuk berbuat demikian, kami perlu memiliki tahap prestasi tinggi.

"Justeru, syarikat memutuskan melaksanakan pelan induk transformasi selama tiga tahun iaitu mengubah daripada prestasi kewangan baik yang diraih ketiga ini kepada lebih cemerlang lagi sebagai persediaan menjadi peneraju industri telekomunikasi tempatan," katanya kepada Berita Harian selepas taklimat media mengumumkan prestasi kewangan syarikat itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, di Kuala Lumpur, semalam.

Shazalli berkata, jika syarikat berupaya melaksanakan pelan transformasi itu dengan baik termasuk memastikan momentum pertumbuhan prestasi kewangan terus diraih dalam tiga tahun akan datang, Celcom akan matang untuk bersaing dan menjadi peneraju dalam semua segmen industri telekomunikasi menjelang 2015.

Katanya, sebagai permulaan kepada proses transformasi itu, syarikat akan membelanjakan sehingga RM1 bilion tahun ini.

"Perbelanjaan itu antara lain merangkumi kerja menaik taraf rangkaian jalur lebar bagi memastikan pelanggan menikmati liputan lebih luas dan pantas serta pembukaan 196 pusat khidmat pelanggan baru dikenali 'Celcom Touchpoint' di seluruh negara.

"Celcom Touchpoint bukan saja menawarkan proses pembayaran bil dan sebagainya, malah turut berperanan sebagai pusat menjual telefon dan produk lain yang ditawarkan Celcom di bawah satu bumbung," katanya.

Celcom mengakhiri 2009 dengan 10.3 juta pelanggan, pertumbuhan sebanyak 18 peratus daripada tahun sebelumnya.

"Peningkatan prestasi itu dicapai menerusi pelaksanaan pemasaran bersegmen bagi segmen prabayar dan pascabayar serta tumpuan berterusan terhadap jalur lebar mudah alih, dan ia membantu Celcom mencatatkan pertumbuhan pendapatan tahunan tertinggi, iaitu meningkat 13 peratus kepada RM6.3 bilion," kata Shazalli.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers