December 15, 2009

Pertumbuhan positif suku ini

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Malaysia berada di landasan tepat untuk mencatat pertumbuhan positif pada suku keempat tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sektor eksport telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan mulai pertengahan tahun ini.

Menurutnya, tempahan kerja yang mula menyaksikan peningkatan dan pengambilan pekerja baru sejak dua bulan lalu, mencerminkan pertumbuhan positif pada Oktober lalu.

"Angka positif bagi bulan itu adalah tertinggi buat pertama kali dalam beberapa bulan dengan peningkatan sebanyak 15 peratus berdasarkan perbandingan bulan ke bulan manakala 1.6 peratus berdasarkan perbandingan tahunan.

"Bagaimanapun, sama ada perkembangan eksport kekal mantap bergantung kepada pasaran utama dalam eksport dan juga keadaan ekonomi negara dagang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan kelulusan untuk mengamalkan undang-undang oleh Lembaga Perkhidmatan Undang-Undang Victoria dan Persatuan Guaman New South Wales di Australia kepada syarikat guaman Malaysia, Zaid Ibrahim & Co. (ZICO), di sini hari ini.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Penny William; Pengerusi dan Rakan Kongsi Kanan ZICO, Datuk Dr. Nik Norzrul Thani dan Rakan Kongsi Urusan ZICO, Chew Seng Kok.

Mustapa berkata, eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) meningkat sebanyak 40 peratus.

Mengenai kelulusan yang diperoleh oleh ZICO untuk beroperasi di Australia, beliau berkata, pengembangan operasi dan eksport perkhidmatan guaman syarikat itu selaras dengan dasar kerajaan untuk memacu pertumbuhan dan eksport dalam sektor perkhidmatan.

"Matlamat kami ialah untuk mempromosi dan memasang strategi daya saing global Malaysia dalam perdagangan antarabangsa dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan tambah nilai yang tinggi," ujarnya.

ZICO merupakan syarikat guaman Asia yang pertama menerima kelulusan untuk beroperasi di Australia.

Syarikat guaman itu secara rasmi akan mula beroperasi pada awal tahun depan dengan mempunyai pejabat-pejabat di Sydney dan Melbourne dengan fokus utama untuk mempromosikan kewangan Islam dan penasihat Syariah.

Sementara itu, Nik Norzrul berkata: "Kami membuat keputusan untuk mengembangkan operasi ke Australia berikutan permintaan dan minat yang menggalakkan terhadap kewangan Islam dan perkhidmatan penasihat Syariah di negara ini."

Katanya, menerusi kehadiran syarikat guamannya di Australia, beliau berharap dapat mengukuhkan hubungan dengan pelanggan, pelabur yang berpotensi serta perniagaan daripada rantau Asia Barat dengan Australia.

"Disebabkan kerajaan Australia bermatlamat untuk menarik pelaburan daripada rantau itu untuk projek infrastruktur utama mereka, peguam-peguam kami di Dubai dan rangkaian di Asia dijangka berperanan untuk memberi kemudahan kepada pelaburan itu," jelas beliau.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers