December 15, 2009

Kenaikan saham mewah Bursa ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 14 Dis - Harga-harga saham di Bursa Malaysia berpatah arah daripada aliran menurun dan mengakhiri dagangan pada paras lebih tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan saham-saham mewah terpilih dan sentimen kukuh terhadap pasaran ekuiti serantau, kata seorang peniaga.

Kebanyakan bursa Asia meningkat selepas kerajaan Abu Dhabi bersetuju untuk menyalurkan sejumlah AS$10 bilion kepada Dana Sokongan Kewangan Dubai yang akan digunakan bagi melunaskan beberapa obligasi berhubung Dubai World.

Pada penutupan dagangan, penunjuk pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) berada 5.45 mata lebih tinggi pada 1,265.45.

Indeks FBM Emas naik 27.23 mata kepada 8,421.15, Indeks FBM Top 100 meningkat 33.24 mata kepada 8,242.54 dan Indeks FBM70 mengukuh 23.58 mata kepada 8,129.45.

Indeks FBM Ace, bagaimanapun, susut 13.60 mata kepada 4,226.60.Indeks Kewangan melonjak 36.61 mata kepada 10,926.26, Indeks Perladangan naik 12.88 mata kepada 6,258.78 dan Indeks Perusahaan 7.13 mata lebih tinggi pada 2,677.94.

Sebanyak 249 kaunter meningkat manakala 361 turun dan 229 yang lain tidak berubah.

Jumlah dagangan mengecil kepada 515.401 juta saham bernilai RM707.070 juta, daripada 528.994 juta saham bernilai RM750.405 juta Jumaat lepas.

Firma hiasan dalaman, LCL Corp, yang memberikan tindak balas positif terhadap berita dari Dubai itu muncul sebagai kauanter dengan jumlah dagangan terbanyak hari ini. Dalam kalangan saham mewah, Sime Darby kekal pada RM8.95 manakala Maybank dan Maxis, masing-masing mengukuh sesen, kepada RM6.77 dan RM5.38. CIMB menambah 16 sen kepada RM13.00.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama meningkat kepada 433.056 juta saham bernilai RM678.281 juta, berbanding 444.771 juta saham bernilai RM721.677 juta Jumaat lepas.

Waran berkurangan kepada 18.409 juta saham bernilai RM3.711 juta daripada 26.426 juta saham bernilai RM5.225 juta.

Jumlah dagangan dalam Pasaran ACE meningkat kepada 60.980 juta unit bernilai RM23.231 juta daripada 54.918 juta unit bernilai RM22.116 juta yang dicatatkan sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang 23.748 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 87.446 juta, pembinaan 22.689 juta, perdagangan dan perkhidmatan 169.223 juta, teknologi 18.933 juta, prasarana 9.473 juta, kewangan 43.442 juta, hotel 4.066 juta, harta 43.339 juta, perladangan 9.033 juta, perlombongan tiada, REIT 1.655 juta dan dana tertutup 4,000.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers