December 14, 2009

Harga saham dalam jajaran kecil

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka diniagakan pada jajaran sempit pada minggu hadapan berikutan kekurangan petunjuk baharu, kata para peniaga.

Mereka berkata, kebanyakan pengurus dana institusi telah pergi bercuti dan pasaran kini lengang.

Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM) Kuala Lumpur (KLCI) dijangka diniagakan antara paras 1,250 dan 1,270 bagi minggu depan, kata para peniaga itu.

Salah seorang peniaga itu berkata, kebanyakan pelabur mengambil sikap berhati-hati dan teragak-agak untuk mengambil bahagian di dalam pasaran kerana mereka bimbang mengenai tahap pemulihan ekonomi.

"Sebarang pergerakan di dalam bursa dunia akan turut memberikan kesan kepada pasaran tempatan," katanya.

Katanya, aktiviti mencari saham murah juga kemungkinan dilihat di dalam pasaran awal tahun depan.

TA Securities berkata, momentum belian yang kian lemah dan dagangan lebih perlahan turut menunjukkan pengukuhan dan jajaran lebih besar atau dagangan yang berkurangan bagi tempoh cuti akhir tahun.

Pada minggu ini, bursa tempatan bergerak pada jajaran sempit kerana kebanyakan pelabur terus berada di luar pasaran.

Pada Khamis, pasaran tempatan mencatatkan lantunan semula teknikal sederhana tetapi momentum belian dicatatkan lembap di tengah-tengah kejatuhan harga saham di bursa utama serantau.

Pada minggu lepas, pasaran turut menyaksikan satu penyenaraian baharu di Bursa Malaysia dengan DSC Solutions Bhd melakukann kemunculan sulung di Pasaran ACE pada Rabu, dengan dibuka pada harga 50 sen bagi mencatatkan premium 100 peratus berbanding dengan harga jualan 25 sen pada terbitan tanpa bonus. Ia ditutup pada minggu ini turun 6.5 sen kepada 61.5 sen.

Berdasarkan mingguan, FBM KLCI turun 10.2 mata kepada 1,260.00 berbanding dengan 1,270.20 pada Jumaat.

Indeks FBM Emas turun 50.15 mata kepada 8,393.92 dan Indeks FBM Top 100 turun 48.27 mata kepada 8,209.30 manakala FBM 70 meningkat 25.6 mata kepada 8,105.87.

Indeks Kewangan meningkat 2.99 mata kepada 10,889.65 manakala Indeks Perusahaan turun 21.45 mata kepada 2,670.81.

Indeks FBM ACE turun 108.93 mata kepada 4,240.20 dan Indeks Perladangan turun 37.17 mata kepada 6,246.90.

Jumlah dagangan keseluruhan minggu ini dicatatkan 3.035 bilion saham bernilai RM4.142 bilion, turun daripada 4.071 bilion saham bernilai RM5.640 bilion Jumaat lepas.

Perolehan di Papan Utama turun kepada 2.490 bilion saham bernilai RM3.940 bilion daripada 3.471 bilion saham bernilai RM5.496 bilion sebelum ini.

Waran meningkat kepada 223.945 juta unit bernilai RM42.116 juta daripada 144.347 juta unit bernilai RM26.167 juta Jumaat lepas.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 343.893 juta saham bernilai RM78.735 juta daripada 322.737 juta saham bernilai RM70.275 juta sebelum ini. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers