December 14, 2009

BLS: Fasa lebih menarik

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Pasaran mudah alih Malaysia kini memasuki fasa yang lebih menarik berikutan penyenaraian semula Maxis Bhd., demikian menurut penyedia rumusan teknologi maklumat yang berpusat di United Kingdom, Business Logic Systems (BLS).

Saingan yang lebih agresif akan wujud untuk meningkat kesetiaan pengguna jangka panjang yang akan menjuruskan kepada kemunculan lebih banyak produk dan perkhidmatan inovatif dalam tempoh 18 hingga 24 bulan ini, katanya.

Bagaimanapun, keadaan ini tidak akan mewujudkan "perang harga" kerana ia akan menjejaskan pendapatan dan keuntungan pengendali dalam tempoh jangka panjang, kata Presiden BLS untuk Asia Pasifik, Vicks Kanagasingam.

"Ia tidak sepatutnya menjadi perang harga kerana ia hanya memberikan keuntungan jangka pendek tetapi "kesakitan" jangka panjang. Saya percaya pengendali dan penyedia mudah alih di dalam negara lebih kreatif dan tidak memilih kaedah ini," kata beliau kepada Bernama di sini.

"Seperti Thailand, dua hingga tiga tahun lepas apabila pengendali mudah alih berperang harga, mereka kesemua berakhir dengan kerugian wang. Disebabkan itu, mereka tidak mengembangkan rangkaian mereka dan kualiti perkhidmatan mereka menjadi teruk. Jadi, yang rugi bukan hanya pengendali tetapi juga pengguna," kata beliau.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers