September 16, 2009

CIMB Group lancar produk berstruktur berlandas Syariah

KUALA LUMPUR 15 Sept. - CIMB Group mengunjurkan produk berstruktur yang mematuhi prinsip Syariahnya yang baharu, Greater China and Commodities Income Protected Plus-i, akan menawarkan kadar keuntungan berpotensi dan dilindungi sebanyak 8.5 peratus setahun.

Ketua Produk Perbankan dan Berstruktur CIMB Investment Bank, Chu Kok Wei berkata, produk baharu itu menawarkan perlindungan prinsipal menerusi CIMB Islamic Bank Tier 2 Junior Sukuk, dengan potensi tambahan menaik untuk mengambil peluang terhadap pemulihan global menerusi ekuiti Greater China dan pasaran komoditi.

"Pelaburan bersandarkan pemulihan global Greater China dan komoditi, dengan Indeks MSCI Taiwan, Hang Seng China Enterprise Index dan S&P GSCI Excess Return Index, sebagai indeks-indeks rujukan," katanya pada taklimat media di sini hari ini.

"Produk ini menangani sentimen pelanggan, yang mahukan gabungan keselamatan, pendapatan tetap serta potensi peningkatan.

"Ia membayar kadar keuntungan purata yang dilindungi sebanyak empat peratus setahun selama 10 tahun, dengan potensi mendapat keuntungan purata 4.5 peratus.

"Ia menjadikan kadar keuntungan berpotensi kepada 8.5 peratus setahun," katanya.

Produk itu terbuka untuk dilanggan sehingga RM300 juta dengan tempoh penawaran berakhir pada 25 September.

Pelaburan minimum ialah RM250,000 dan boleh ditambah dengan gandaan RM50,000..

Greater China and Commodities Income Protected Plus-i boleh didapati di semula cawangan CIMB Bank dan CIMB Islamic.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers