KUALA LUMPUR 15 Sept. - Ketika persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri semakin rancak, para pengguna digalakkan melanggan dan menggunakan kad prabayar seperti Kad Visa Prabayar Tune Money (Kad Visa Tune), sebagai langkah jimat berbelanja.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Money Sdn. Bhd. (Tune Money), Joyce Lai berkata, syarikat sedang merangka pelbagai inisiatif untuk mempromosikan Tune Visa Card di kalangan rakyat Malaysia.
''Tune Money ingin menggalakkan penggunaan Kad Visa Tune sebagai alat pengurusan kewangan dan belanjawan yang berkesan. Ia bukan sahaja selamat dan memudahkan, malah pengguna juga boleh mengawal dan mengelak perbelanjaan berlebihan dan tanpa berhutang.
''Kad prabayar ini adalah lebih baik daripada tunai. Adalah lebih selamat dan lebih mudah membawa Kad Visa Tune berbanding tunai apabila membeli-belah,'' katanya dalam kenyataannya di sini.
Tambah Lai, dengan Kad Visa Tune, pengguna tidak perlu risau tentang risiko kehilangan atau kecurian tunai, selain menikmati kos yang lebih rendah serta pelbagai ganjaran yang ditawarkan Tune Money.
Musim perayaan yang semakin menjelang, Tune Money kini memberikan ganjaran pakej percutian istimewa kepada pemegang Kad Visa Tune dengan hanya perlu berbelanja minimum RM50 dalam satu resit.
Peraduan Tune In Now terbuka kepada semua pemegang Kad Visa Tune yang baru dan sedia ada. Setiap RM50 yang dibelanjakan melayakkan pemegang kad untuk satu penyertaan.
Kad Visa Tune adalah merupakan kad prabayar yang boleh ditambah nilai secara tunai ataupun melalui pemindahan dana dan ia membolehkan pemegang kad berbelanja setakat jumlah yang telah didepositkan ke dalam akaun itu.
Kad Visa Tune boleh digunakan di Malaysia dan luar negara serta di semua lokasi yang mempamerkan tanda Visa.
Ia juga boleh diguna untuk mengeluarkan wang tunai dari mana-mana mesin ATM di seluruh dunia yang mempunyai logo Visa Plus.
Untuk menambah nilai, pemegang kad boleh memilih sama ada melalui perkhidmatan kaunter di cawangan-cawangan CIMB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara atau secara dalam talian melalui www.tunemoney.com.
Peraduan Tune In Now bermula bulan Ogos lepas dan akan berakhir pada 10 November ini.
September 16, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com