September 16, 2009

Saham mewah rangsang Bursa kukuh

KUALA LUMPUR 15 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) berada di atas paras 1,200 mata, dirangsang oleh kenaikan saham wajaran tinggi, kata para peniaga.

FBM KLCI naik 4.11 mata untuk berada pada 1,207.47 selepas dibuka 0.46 mata lebih rendah pada 1,202.9 pada sebelah pagi.

Menurut para peniaga, kenaikan dalam saham Amerika Syarikat serta di bursa Asia membantu menyokong sentimen positif.

Semasa ditutup di Bursa Malaysia, FBMEmas menokok 33.88 mata kepada 8,113.73, FBM Top 100 meningkat 33.32 mata kepada 7,911.38, FBM70 menambah 58.85 mata kepada 7,987.81 dan Indeks FBM ACE naik 27.48 mata kepada 4,035.65. Indeks Teknologi naik 0.10 mata kepada 16.24, Indeks Kewangan menambah 10.939 mata kepada 9,838.14, Indeks Perladangan turun 18.08 mata kepada 5,908.98 dan Indeks Perusahaan meningkat 20.74 mata pada 2,645.33.

Saham untung mengatasi rugi pada 348 kepada 242 manakala 259 kaunter kekal dan 405 tidak didagangkan.

Jumlah dagangan lebih tinggi pada 613.785 juta saham bernilai RM1.008 bilion berbanding kepada 547.726 juta saham bernilai RM951.261 juta semalam.

Antara saham aktif, KNM Group naik lima sen kepada 74.5 sen, MLABS System susut satu sen kepada 17.5 sen, Kumpulan Jetson Warrants menambah 17 sen kepada 94 sen dan SAAG Consolidated menambah setengah sen kepada 24 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 540.991 juta saham bernilai RM990.532 juta daripada 461.034 juta saham bernilai RM933.110 juta sebelumnya.

Perolehan di pasaran ACE susut kepada 46.012 juta saham bernilai RM10.788 juta daripada 47.27 juta saham bernilai RM7.910 juta semalam.

Dagangan dalam waran susut kepada 22.484 juta saham bernilai RM5.106 juta daripada 36.077 juta saham bernilai RM8.792 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 45.797 juta saham yang didagangkan di pasaran utama, barangan perusahaan 148.57 juta, pembinaan 59.335 juta, dagangan dan perkhidmatan 174.369 juta, teknologi 6.353 juta, infrastruktur 7.684 juta, kewangan 44.34 juta, hotel 766,000 juta, hartanah 40.441 juta, perladangan 10.593 juta, perlombongan 0, REIT 2.702, dan dana tertutup 27,500.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers