September 28, 2009

Harga saham memantul semula minggu ini

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka memantul semula minggu ini tetapi kenaikan mungkin terhad berikutan kebimbangan akan faktor-faktor luar, terutamanya ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Terdapat kebimbangan akan kemajuan pemulihan ekonomi AS dan kemungkinan kerajaan mengehadkan langkah-langkah rangsangan terlalu awal, kata seorang peniaga.

Beliau menjangka pasaran dibuka lemah berikutan penurunan di Wall Street pada Jumaat.

Pada Jumaat, Indeks Dow Jones Industrial Average turun 42.25 mata to 9,665.19.

Peniaga itu berkata, meskipun sentimen pasaran lemah, IKKL FBM dijangka kekal di atas paras 1,200 kerana dari segi domestik, prospek ekonomi semakin positif.

Beliau berkata, prospek ekonomi yang lebih baik dijangka menggalakkan pelabur mengumpul saham dan dengan itu akan meningkatkan IKKL FBM, terutamanya sekiranya pasaran AS boleh mengekang penurunannya dan mula bergerak naik.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz pada minggu lalu berkata, permintaan domestik negara menunjukkan petanda jelas pemulihan hasil daripada pakej rangsangan fiskal dan dasar monetari yang dipermudah.

Menurut beliau, Malaysia akan menyemak semula unjuran pertumbuhannya dalam bajet 2010 yang dijadual dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Peniaga itu berkata, dengan beberapa projek pembinaan besar yang belum lagi diberikan kontrak, seperti pengembangan sistem transit aliran ringan, para pelabur dijangka mengumpulkan saham pembinaan.

Petanda prospek ekonomi yang lebih baik pada setengah tahun kedua 2009 termasuk penambahbaikan dalam pasaran buruh, sentimen pengguna dan perniagaan yang bertambah baik serta aliran inflasi yang menyederhana.

TA Securities berkata, sokongan pengunduran segera bagi IKKL FBM ialah pada 1,213 manakala sokongan kukuh dilihat pada 1,201 dengan paras ketahanan segera pada 1,231.

Bagi asas mingguan, IKKL FBM turun 3.81 mata kepada 1,217.39, Indeks Kewangan susut 15.04 mata kepada 10,002.21, Indeks Perladangan meningkat 35.71 mata kepada 5,992.99 manakala Indeks Perusahaan bertambah 6.57 mata kepada 2,667.09.

Indeks FBM Emas turun 30.85 mata kepada 8,194.03, FBM Top 100 Index susut 31.32 mata kepada 7,985.84 manakala Indeks FBM ACE jatuh 15.02 mata kepada 4,074.08.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 2.117 bilion saham bernilai RM3.112 bilion daripada 3.551 bilion saham bernilai RM5.65 bilion minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.914 bilion saham bernilai RM3.068 bilion daripada 3.175 bilion saham bernilai RM5.568 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 118.699 juta saham bernilai RM28.45 juta daripada 218.489 juta saham bernilai RM45.694 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Waran Belian jatuh kepada 67.26 juta unit bernilai RM18.56 juta daripada 135.118 juta unit bernilai RM31.927 juta minggu sebelumnya. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers