September 25, 2009

Laporan IBM dapati web tidak selamat

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Laporan Trend dan Risiko Pertengahan Tahun 2009 X-Force IBM mendedahkan keadaan web yang tidak selamat memandangkan ancaman tumpuan pelanggan, pelayan (server) dan kandungan web mewujudkan persekitaran risiko tidak dapat ditangani.

Menurut laporan itu, terdapat peningkatan 508 peratus dalam bilangan pautan web baru yang tidak selamat yang didapati pada separuh pertama 2009, demikian menurut IBM dalam satu kenyataan.

Masalah ini tidak lagi terhad kepada domain yang tidak selamat atau tapak web yang tidak boleh dipercayai, katanya.

Laporan X-Force menyebut peningkatan dalam kandungan tidak selamat pada laman yang dipercayai termasuk enjin pencarian popular, blog, buletin, laman web peribadi, majalah dalam talian dan laman berita perdana, katanya.

Keupayaan mendapat akses dan memanipulasi data kekal sebagai eksploitasi yang mudah terjejas.

Trend yang dinyatakan dalam laporan berkenaan menunjukkan bahawa dalam Internet tiada siapa yang boleh dipercayai dan kini tiada perayauan yang selamat, kata Pengarah X-Force, Kris Lamb.

“Kita kini di tahap di mana setiap laman web perlu dilihat dengan berhati-hati dan setiap pengguna berisiko. Tumpuan ekosistem web mewujudkan keadaan sesuai untuk aktiviti jenayah,” kata Lamb.

Menurut IBM, keselamatan web bukan lagi hanya browser atau isu pelanggan, penjenayah memanfaatkan aplikasi web yang tidak selamat untuk menyasar pengguna laman web yang sah.

Laporan X-Force itu mendapati peningkatan yang ketara dalam serangan aplikasi web dengan niat untuk mencuri dan manipulasi data serta mengawal komputer yang terjejas.

IBM merupakan satu daripada penyedia penyelesaian risiko dan keselamatan utama dunia. – BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers