September 25, 2009

Bursa rendah di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 24 Sept - Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih rendah hari ini kerana pelabur-pelabur mengambil sikap berhati-hati manakala sentimen dilemahkan oleh kejatuhan di Wall Street semalaman, kata seorang peniaga.

Pada pukul 5 petang, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) turun 1.01 mata kepada 1,218.06, setelah dibuka lebih rendah pada 1,217.69.

FBMEmas susut 13.13 mata kepada 8,199.53, FBM Top 100 jatuh 11.44 mata kepada 7,993.26, FBM70 hilang 10.31 mata kepada 7,993.26 dan Indeks FBM ACE turun 10.31 mata kepada 4,059.53.

Indeks Kewangan turun 1.22 mata kepada 10,019.0, Indeks Perladangan naik 27.04 mata kepada 6,004.45 manakala Indeks Perusahaan 2.76 mata lebih rendah pada 2,658.66.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 371 berbanding 283 manakala 222 kaunter tidak berubah dan 378 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 1.083 juta saham bernilai RM1.13 bilion daripada 677.948 juta saham bernilai RM1.047 bilion semalam.

Kaunter paling besar penyusutannya, Proton, turun 23 sen kepada RM4.25, KFC jatuh 16 sen kepada RM7.28 dan IJM susut 15 sen kepada RM6.60.

Bagi kaunter cergas, OilCorp turun 7.5 sen kepada 19 sen tetapi Insas mengukuh dengan jumlah yang serupa kepada 53 sen manakala EP Manufacturing menokok 11 sen kepada 56.5 sen.

Jumlah dagangan Pasaran Utama, bagaimanapun, bertambah kepada 689.408 juta saham bernilai RM1.115 bilion berbanding 592.677 juta saham bernilai RM1.024 bilion.

Dalam pasaran ACE jumlah dagangan mengecil kepada 36.501 juta saham bernilai RM8.115 juta daripada 50.611 juta saham bernilai RM11.5 juta yang diniagakan sebelumnya.

Dagangan waran susut kepada 17.407 juta unit bernilai RM4.204 juta daripada 30.39 juta unit bernilai RM9.263 juta.

Barangan pengguna menguasai 54.798 juta saham yag diniagakan dalam pasaran utama, barangan perusahaan 148.560 juta, pembinaan 38.808 juta, perdagangan dan perkhidmatan 260.85 juta, teknologi 37.696 juta, prasarana 6.229 juta, kewangan 76.97 juta, hotel 1.359 juta, harta 48.228 juta, perladangan 12.826 juta, perlombongan 40,000, REIT 2.94 juta dan dana tertutup 96,000.

- Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers