September 18, 2009

Bursa cecah paras tertinggi baru

KUALA LUMPUR 17 Sept - Saham-saham di bursa saham Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini dengan Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) mencecah paras tinggi baru untuk tempoh 52 minggu iaitu pada 1,218.

Paras tinggi terakhir iaitu 14 bulan ialah 8 September pada 1,202.

Para peniaga berkata pengukuhan di saham AS dan bursa Asia telah membantu menolak naik indeks petunjuk pasaran utama.

Saham-saham AS meningkat untuk hari ketiga semalam, dirangsang oleh data ekonomi yang positif serta keyakinan yang ekonomi akan kembali kepada rentak pertumbuhan.

FBM KLCI ditutup 5.82 mata lebih tinggi pada 1,218.8 selepas dibuka pada 1,219.47, meningkat 6.49 mata.

FBMEmas mengukuh 40.62 mata kepada 8,197.82, Indeks FBM Top 100 naik 39.86 mata kepada 7,991.63 dan FBM70 meningkat 46.93 mata kepada 8,092.5 tetapi indeks FBM ACE susut 21.54 mata kepada 4,050.72.

Indeks Teknologi menambah 0.01 mata kepada 16.35, Indeks Kewangan mengembang 86.619 mata kepada 9,962.02, Indeks Perladangan naik 57.95 mata kepada 5,980.36 dan Indeks Perusahaan 0.99 mata lebih rendah pada 2,663.34.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 371 berbalas 217 sementara 251 kaunter tidak berubah dan 416 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan menokok kepada 843.036 juta saham bernilai RM1.245 bilion daripada 807.879 juta saham bernilai RM1.345 bilion semalam.

Di kalangan saham aktif, KNM Group naik tiga sen kepada 80.5 sen, Ingress Corporation menambah 24.5 sen kepada 58.5 sen, SAAG Consolidated susut setengah sen kepada 24.5 sen dan TAS Offshore meningkat dua sen kepada 84 sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama mengembang kepada 773.928 juta saham bernilai RM1.22 bilion daripada 724.41 juta saham bernilai RM1.326 bilion semalam.

Jumlah dagangan di pasaran Ace susut kepada 37.385 juta saham bernilai RM9.02 juta daripada 50.774 juta saham bernilai RM11.388 juta.

Urus niaga untuk waran lebih rendah kepada 27.8 juta unit bernilai RM6.4 juta daripada 27.913 juta bernilai RM6.341 juta semalam.

Produk pengguna menguasai 51.79 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perusahaan 294.1 juta, pembinaan 36.4 juta, urus niaga dan perkhidmatan 227.6 juta, teknologi 13.4 juta, infrastruktur 21.7 juta, kewangan 48.9 juta, perhotelan 4.8 juta, hartanah 56.9 juta, perladangan 16.1 juta, perlombongan 0, REIT 1.7 juta dan dana tertutup 27,000.

— Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers