September 26, 2009

Masih awal untuk nilai prestasi ekonomi China

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Meskipun China didakwa menjadi negara pertama yang mengalami pemulihan awal akibat krisis ekonomi global, tetapi prestasi itu masih terlalu awal untuk dijadikan petunjuk bahawa ekonomi kuasa besar itu semakin pulih.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif OCBC China, Leong Wai Leng berkata, eksport negara itu telah mula menunjukkan kestabilan bermula bulan lalu selepas susut sejak separuh kedua 2008.

''Tetapi petunjuk ini masih terlalu awal untuk menjangkakan trend ekonomi China,'' katanya pada sidang akhbar selepas seminar Insights Into China anjuran OCBC Bank Malaysia di sini hari ini.

Katanya, sejak Januari hingga Ogos ini, nilai eksport dan import China susut sebanyak 22.1 peratus berdasar perbandingan tahun ke tahun tetapi sudah mulai stabil.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan ekonomi China akan stabil selepas menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada suku kedua.

''Pemulihannya adalah perlahan. Perlahan tetapi teguh,'' jelasnya.

Wai Leng berkata, pemulihan di negara itu perlu dijadikan peluang kepada pelabur Malaysia untuk menerokai di negara tersebut khusus dalam tiga sektor iaitu infrastruktur, pembinaan hartanah dan komoditi di China.

Menurut beliau, tiga sektor itu merupakan antara 20 sektor yang dikenal pasti mendapat faedah daripada pelan rangsangan ekonomi yang bernilai RMB4 trilion (RM2.03 trilion).

Bagaimanapun, katanya, peluang untuk menjadi kontraktor utama dalam tiga sektor itu bergantung kepada kelulusan negara tersebut.

''Ini kerana ada sektor-sektor tertentu yang membolehkan pelabur bertindak sebagai pelabur utama dan sebaliknya.

''Bagaimanapun, peluang untuk menjalinkan pakatan dalam projek-projek pembangunan khusus dalam infrastruktur dan pembinaan hartanah adalah sangat tinggi,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, sektor komoditi pula mempunyai peluang yang cerah untuk diterokai oleh syarikat swasta memandangkan negara itu memerlukan banyak bahan komoditi bagi keperluannya.

Mengulas mengenai penyenaraian asing di China, beliau tidak menolak kemungkinan ia akan dilaksanakan pada tahun depan atau selewat-lewatnya 2011.

''Penyenaraian asing sebenarnya telah diperkatakan sejak 10 tahun lalu tetapi sampai sekarang belum ada.

''Tetapi, berdasarkan pemerhatian kebanyakan penganalisis, Bank Negara China dilihat semakin bersedia ke arah itu.

''Malah, dikatakan ada negara itu sudah menerima permohonan namun saya percaya China pasti membuat pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai projek perintis mereka,'' ujarnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers