Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my
KADAR inflasi di Malaysia berada pada paras 1.3 peratus dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Pengukurnya, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 111.8 mata dalam tempoh itu daripada 110.4 mata.
Pada asas bulanan, IHP pada bulan lalu turun 2.4 peratus berbanding Ogos tahun lalu, manakala berbanding bulan sebelumnya ia meningkat 0.2 peratus.
Penurunan IHP bulan lalu berbanding Ogos tahun lalu itu disebabkan oleh perubahan harga minyak petrol dan diesel mulai Jun 2008.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kenaikan IHP sebanyak 0.2 peratus pada Ogos berbanding Julai itu adalah satu kenaikan kecil berbanding dengan persepsi umum yang menyatakan harga barang telah meningkat dengan ketara.
“Kajian yang dibuat menunjukkan kenaikan hanya 0.2 peratus dan ia hanya mewakili kenaikan bagi beberapa barangan yang tertentu saja. Ini memberikan gambaran yang sebenarnya mengenai kenaikan harga barangan di pasaran,” katanya pada sidang media mengumumkan IHP bagi Ogos 2009 di Kuala Lumpur, semalam.
Kenaikan IHP bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus pada Ogos itu disebabkan oleh peningkatan dalam indeks kumpulan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (+0.2 peratus); makanan dan minuman bukan alkohol (+0.2 peratus); pendidikan (+0.2 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain; hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah; kesihatan; pengangkutan; restoran dan hotel dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing meningkat sebanyak 0.1 peratus.
Sebaliknya, penurunan indeks dapat diperhatikan dalam kumpulan pakaian dan kasut iaitu sebanyak 0.3 peratus.
Dua kumpulan utama lain, minuman alkohol dan tembakau serta komunikasi masing-masing kekal tidak berubah pada 130.3 dan 96.3.
Ismail berkata, kenaikan harga barangan bagi tahun ini dijangka masih terkawal kerana tiada kenaikan harga minyak diesel yang digunakan dengan banyak dalam sektor pengangkutan.
“Kenaikan harga barang akan berlaku jika harga diesel naik. Jika harga petrol yang meningkat tiada kenaikan harga barangan,” katanya.
September 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com