KUALA LUMPUR 17 Sept. - Kerjasama antara Bursa Malaysia Bhd. dan CME Group Inc, pasaran derivatif terbesar dan paling dipelbagaikan di dunia, menerima sokongan kukuh dari peserta tempatan dan antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak berkata, urus niaga itu merupakan satu langkah ke hadapan yang signifikan bagi pasaran modal Malaysia.
"Selain langkah untuk mengantarabangsakan lagi pasaran derivatif kita, ia memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai perantara utama global minyak sawit mentah (MSM).
"Kerjasama antara Bursa Malaysia dan CME ini akan turut meningkatkan profil Malaysia terhadap komuniti pelaburan antarabangsa yang kena pada masanya kerana semua negara sedang menempatkan semula pasaran masing-masing bagi era pasca krisis," katanya di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia hari ini.
Presiden Persatuan Broker Niaga Hadapan Malaysia Steven Lai berkata, kerjasama itu akan membolehkan Bursa Malaysia menjadi hos kepada produk derivatif di CME Globex, yang merupakan platform dagangan elektronik CME.
"Ini secara khususnya bermakna akses dan capaian lebih meluas bagi pasaran derivatif Malaysia yang sebaliknya akan memanfaatkan broker tempatan pada jangka masa panjang.
"Kami juga mengharapkan wujud aktiviti pemindahan kepakaran dan promosi bersama dengan CME yang akan meningkatkan lagi pasaran derivatif tempatan"katanya.
Bursa Malaysia hari ini menandatangani satu perjanjian perkongsian strategik dengan CME sebagai sebahagian dari usaha untuk membangunkan lagi industri derivatif Malaysia dan mendapatkan perhatian global yang lebih meluas.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, perjanjian perkongsian strategik itu melibatkan tiga usaha kerjasama - penyertaan ekuiti, perlesenan harga penyelesaian Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) Bursa Malaysia Derivatives Bhd dan peruntukan perkhidmatan CME Globex.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia Tan Sri Dr Yusof Basiron berkata, kerjasama itu akan menaikkan pengiktirafan minyak sawit mentah Malaysia sebagai penanda aras harga minyak makan antarabangsa.
"Ini selaras dengan misi majlis itu untuk mempromosikan pasaran minyak sawit melalui penerimaan lebih meluas dan peningkatan peluang perdagangan bagi negara ini," katanya.
Pengarah Godrej International Ltd., Dorab Mistry berkata, langkah mengglobalisasikan niaga hadapan minyak sawit mentah akan turut memanfaatkan industri minyak sawit kerana ia akan mengukuhkan lagi peranannya sebagai penanda aras harga bagi minyak makan antarabangsa.
September 18, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com