PAKEJ rangsangan ekonomi bernilai empat trilion renminbi (RM2.03 trilion) yang dilaksanakan Kerajaan China, menawarkan banyak peluang kepada pelabur asing untuk meneroka pasaran di negara itu, terutama dalam sektor pembangunan prasarana, perumahan dan komoditi.
Ketua Eksekutif OCBC Bank (China) Ltd, Leong Wai Leng, berkata tiga sektor terbabit diberi keutamaan oleh China di bawah pakej rangsangan ekonomi berkenaan di samping lebih 20 lagi sektor lain, bertujuan memulihkan semula ekonomi negara itu yang turut terjejas ekoran krisis ekonomi global.
Katanya, selepas mengalami kejatuhan sejak separuh kedua 2008 ekoran kemelesetan ekonomi global, eksport China mula menunjukkan kestabilan sejak Ogos lalu, sekali gus menawarkan peluang kepada pelabur asing meneroka pasaran negara itu.
“Sejak Ogos lalu, eksport China sudah mula menunjukkan kestabilan tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan keadaan itu akan berterusan,” katanya selepas membentangkan kertas kerja pada seminar bertajuk ‘Meninjau ke dalam China’ anjuran OCBC Bank Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Seminar itu bertujuan memberi gambaran lebih dekat mengenai ekonomi di China serta peranan dan peluang ditawarkan oleh OCBC Bank dalam membantu usahawan mengembangkan perniagaan ke republik itu.
Leong berkata,dengan pertumbuhan 31.11 peratus pinjaman yang dicatatkan oleh sektor perbankan China pada Ogos lalu berbanding akhir 2008, selain angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahunan serta Indeks Harga Pengguna (IHP) bulanan yang lebih baik, China kini dilihat sudah mula berjaya mengatasi kejatuhan ekonomi.
September 26, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com