September 29, 2009

Isu global dorong ambil untung

Ulasan Pasan

SAHAM di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam susulan aktiviti pengambilan untung apabila pelabur menjual saham berwajaran tinggi berikutan aliran harga menurun di pasaran Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada penutup, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur susut 11.44 mata kepada 1,205.95 selepas dibuka 0.57 mata lebih rendah pada 1,216.82.

Penganalisis SJ Securities, Phua Kwee Hock, berkata pasaran melalui pembetulan kecil dan ia dijangka tidak turun di bawah paras 1,184.

“Pasaran mungkin menyaksikan paras sokongan pada 1,193 dan paras ketahanan pada 1,212. Aktiviti pengambilan untung lebih kepada isu global,” katanya.

Phua bekata, pasaran tempatan menjejaki pasaran AS yang melalui proses jualan baru-baru ini apabila Rizab Persekutuan AS membuat kenyataan supaya berhati-hati terhadap pemulihan ekonomi negara itu.

“Pelabur ambil kira nota Rizab Persekutuan itu dan menyesuaikannya dengan jangkaan mereka,” katanya.

Phua berkata, pasaran kekal rendah sehingga pertengahan Oktober, menjelang Bajet 2010 yang akan dibentangkan kerajaan pada 23 Oktober. FBMEmas susut 75.97 mata kepada 8,118.06, FBM Top 100 turun 76.92 mata kepada 7,908.92, FBM70 susut 85.27 mata kepada 8,015.06 dan Indeks FBM ACE turun 50.17 mata kepada 4,023.91.

Indeks teknologi turun 0.05 mata kepada 16.28, Indeks Kewangan susut 67.67 mata kepada 9,934.54, Indeks Perladangan turun 83.85 mata kepada 5,909.14 dan Indeks Perusahaan merekodkan 21.8 mata lebih rendah pada 2,645.29. Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 469 berbanding 145, 183 kaunter tidak berubah dan 461 tidak diniagakan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 454.117 juta saham bernilai RM605.403 juta berbanding 688.772 juta saham bernilai RM945.180 juta pada Jumaat.

Saham yang mencatatkan kerugian tertinggi termasuk KLK, yang turun 24 sen kepada RM13.74, LMCement rugi 23 sen kepada RM6.05 dan SP Setia susut 20 sen kepada RM4.Antara saham aktif, KNM susut 2.5 sen kepada 76 sen, SAAG turun setengah sen kepada 23 sen manakala Jadi Imaging menokok setengah sen kepada 21 sen.

Antara kaunter saham berwajaran tinggi yang mengalami kejatuhan termasuk syarikat perladangan seperti Sime Darby yang susut enam sen kepada RM8.52, IOI Corp turun 14 sen kepada RM5.20 dan PPB Group rugi 10 sen kepada RM15.92.

Bagi sektor perbankan, Maybank turun dua sen kepada RM6.66, CIMB Group dan Public Bank, masing-masing susut enam sen kepada RM11.10 dan RM10.20, manakala RHB Capital turun 15 sen kepada RM5.10.

Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM8.18, Axiata susut tiga sen kepada RM3.14, manakala Genting rugi 19 sen kepada RM9.

Di Pasaran Utama, jumlah dagangan berkurangan kepada 416.577 juta saham bernilai RM595.463 juta berbanding 632.296 juta saham bernilai RM929.450 juta pada Jumaat. Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 20.852 juta saham bernilai RM5.445 juta berbanding 31.587 juta saham bernilai RM8.74 juta sebelumnya. Dagangan warrant juga susut kepada 14.104 juta unit bernilai RM3.367 juta berbanding 19.463 juta unit bernilai RM5.095 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 36.684 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perindustrian sebanyak 96.829 juta, pembinaan 32.1 juta, perdagangan dan perkhidmatan 150.591 juta, teknologi 14.287 juta, infrastruktur 2.846 juta, kewangan 30.592 juta, hotel 3.19 juta, hartanah 42.325 juta, perladangan 5.812 juta, perlombongan 60,000, REIT 1.275 juta dan dana tertutup 72,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers