September 25, 2009

Pakej rangsangan kukuhkan keyakinan perniagaan

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelaksanaan segera dua pakej rangsangan berjumlah RM67 bilion telah menjana kesan positif terhadap ekonomi Malaysia serta merangsang sentimen dan keyakinan perniagaan, kata ahli-ahli ekonomi yang mengikuti perkembangan dalam negara.

Pelaksanaan segera berkenaan dapat dilihat di mana dalam masa 10 bulan sejak pakej rangsangan pertama diumumkan, 90 peratus daripada projek yang dikenal pasti telah diberikan kontrak atau sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan, kata mereka.

Ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan pakej itu dilaksanakan dengan segera untuk faedah rakyat, kata mereka.

Pada Selasa lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, setakat ini, sejumlah 83,939 projek telah ditawarkan di mana 53,076 projek bernilai RM6.07 bilion di bawah pakej pertama dan bakinya di bawah pakej kedua yang dirangka meliputi tempoh masa dua tahun.

Najib berkata, sejumlah RM7.92 bilion telah dibayar kepada kontraktor bagi penyiapan 41,176 projek di bawah pakej rangsangan pertama dan kedua yang dilancarkan bagi menangani kelembapan ekonomi global.

Projek yang disiapkan termasuk pembinaan rumah kos rendah, infrastruktur, sekolah, balai polis dan kuarters pelbagai kelas untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertama berjumlah RM7 bilion pada November tahun lalu manakala pakej kedua bernilai RM60 bilion pada Mac tahun ini.

Pakar ekonomi Affin Investment Bank Bhd., Alan Tan berkata, pelaksanaan projek yang efektif di bawah dua pakej rangsangan mungkin mempengaruhi ekonomi Malaysia untuk mencatatkan pertumbuhan positif pada 2.4 peratus untuk suku keempat 2009 selepas pertumbuhan negatif tiga suku tahunan berturut-turut.

"Ini dengan andaian bahawa ekonomi global akan menyaksikan pemulihan yang kukuh pada suku keempat," katanya.

Selagi kerajaan di seluruh dunia mengekalkan dasar kewangan yang sesuai dalam memastikan kadar faedah pada paras semasa yang rendah dan meneruskan perbelanjaan rangsangan fiskal mereka, Tan berkata, kemungkinan untuk terus berada dalam tempoh kemelesetan ekonomi global yang berpanjangan adalah tipis.

"Bagaimanapun, keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2009 mungkin kekal negatif 2.8 peratus," kata beliau tetapi menjangka ini akan beralih kepada pertumbuhan positif 3.5 peratus tahun depan.

Tan berpendapat pakej rangsangan ketiga tidak perlu diadakan dan 'apa yang penting ialah bagi kerajaan komited untuk meneruskan program perbelanjaannya di bawah kedua-dua pakej rangsangan itu'.

Peningkatan dalam aktiviti pembinaan daripada pakej rangsangan itu juga akan menyokong keseluruhan ekonomi Malaysia, katanya dan menambah bahawa sektor itu mungkin menyaksikan pertumbuhan yang lebih tinggi pada lima hingga enam peratus pada separuh kedua tahun ini.

Tan menjangka peruntukan tambahan bagi perbelanjaan infrastruktur dalam Bajet 2010 nanti yang bakal diumumkan bulan depan, yang akan terus merangsangkan pertumbuhan ekonomi tahun depan.

Sektor pembinaan, yang mempunyai kesan berganda yang kukuh, mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi pada 2.8 peratus pada suku kedua 2009 berbanding 1.1 peratus pada suku pertama 2009.

Anthony Dass, Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn. Bhd. berkata, semasa terdapat beberapa kesan positif daripada pakej rangsangan berkenaan, mereka mungkin tidak mencukupi untuk membolehkan ekonomi keluar daripada daripada kemelesetan pada asas yang lebih teguh.

"Apa yang lebih penting bukan pakej rangsangan lain tetapi pelaksanaan segera projek-projek besar memandangkan mereka akan menghasilkan kesan berganda yang lebih kukuh terhadap ekonomi sebenar, menggantikan sumbangan kecil daripada eksport dan juga menghalang keyakinan pengguna daripada terus menjunam," katanya.

Dass berkata, dengan eksport terus tertekan, ekonomi memerlukan kesan berganda yang besar daripada suntikan modal dan ini boleh direalisasikan jika projek besar daripada infrastruktur dan pembinaan mula dijalankan.

Contoh yang baik ialah projek penyambungan sistem transit aliran ringan (LRT) bernilai RM7.0 bilion yang mungkin bermula seawal tahun depan.

Bagaimanapun, pengumuman mengenai permulaan projek besar seperti projek pemindahan air mentah Pahang-Selangor (RM2.6 bilion), Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang baru (RM2.0 bilion), projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru (RM5.0 bilion) dan bekalan air Langat 2 (RM4.5 bilion) masih belum dibuat.

Selain pembinaan, Dass berkata, pihak berkuasa perlu mempercepatkan usaha dalam sektor perkhidmatan memandangkan ia merupakan penyumbang terbesar kepada KDNK.

Bagi perkhidmatan pula, pihak berkuasa juga perlu menarik pelabur langsung asing yang kini semakin bertambah memindahkan aktiviti mereka ke negara lain, katanya.

Dalam hal ini, dasar seharusnya mula menumpu kepada usaha untuk menambah baik produktiviti buruh memandangkan terdapat kebimbangan mengenai kurang padanan antara tahap kenal huruf dan pertumbuhan produktiviti.

Dass berkata, daripada angka terperinci kedua-dua pakej rangsangan, terdapat peningkatan penekanan terhadap pembangunan modal insan.

Semasa menegaskan bahawa ini tidak akan menyaksikan kesan segera terhadap ekonomi seperti aktiviti infrastruktur/pembinaan, sumbangan daripada peningkatan kemahiran manusia berkemungkinan memberi hasil yang baik untuk tempoh jangka panjang.

Ketua pakar ekonomi Rating Agency Malaysia, Dr Yeah Kim Leng berkata, Malaysia mungkin menyaksikan kesan limpahan yang lebih besar daripada kedua-dua pakej rangsangan pada 2010.

Lebih banyak usaha juga perlu dilaksanakan untuk mengurus defisit fiskal memandangkan pertumbuhan sektor swasta mendapat kekuatan, di mana pengurangan dalam defisit fiskal pada 2010 akan membawa kepada keyakinan pasaran yang lebih besar, katanya.

Defisit bajet Malaysia berkemungkinan mencecah 7.6 peratus daripada KDNK tahun ini, paras tertinggi sejak 1987.

Mengurangkan defisit akan memberi lebih ruang kepada kerajaan di mana beberapa perbelanjaan boleh dikawal tanpa menjejaskan pemulihan ekonomi, kata Kim Leng.

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, projek-projek di bawah kedua-dua pakej rangsangan perlu dipercepatkan bagi memastikan kesan limpahan berkesan kepada sektor ekonomi lain bagi membawa faedah maksimum kepada rakyat. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers