September 18, 2009

Pakatan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Bursa Malaysia Bhd. (Bursa Malaysia) menjual 25 peratus pegangan di dalam Bursa Malaysia Derivatives Bhd. kepada CME Group., sekali gus membolehkannya mencatatkan keuntungan di atas kertas sebanyak RM44 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, perjanjian jualan kepentingan tersebut adalah sebahagian daripada perjanjian pakatan strategik antara Bursa Malaysia dan CME Group.

''Perjanjian itu akan menandakan inisiatif untuk proses globalisasi pasaran hadapan minyak sawit mentah Malaysia serta pasaran derivatif Bursa Malaysia.

''Pengambil alihan kepentingan itu melibatkan pembelian bernilai RM55 juta dengan bayaran akan dibuat sebahagiannya melalui tunai dan selebihnya dengan pertukaran saham di dalam CME,'' katanya pada sidang akhbar selepas taklimat media mengenai perjanjian pakatan strategik itu di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Asia CME Group, Wong Chong Fatt, Pengarah Urusan Pengurusan Gabungan dan Pakatan CME, David Shuler, Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia, Omar Merican dan Ketua Pegawai Kewangan, Nadzirah Abdul Rashid.

CME Group syarikat global yang menawarkan produk penanda aras bagi pelbagai kelas aset dengan menghubungkan para pelabur melalui platform elektronik CME Globex di New York dan Chicago.

Tambah Yusli, Bursa Malaysia hanya akan memegang kepentingan yang kecil di dalam CME Group.

Katanya, pakatan strategik itu akan meningkatkan perniagaan derivatif yang pada waktu ini menyumbang 15 peratus kepada perolehan Bursa Malaysia tetapi dijangka akan berganda dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Perjanjian tersebut juga, membolehkan kedua-dua syarikat terlibat dalam tiga aspek kerjasama selain penyertaan ekuiti, perlesenan harga penyelesaian bagi pasaran hadapan minyak sawit (FCPO) dan peruntukan perkhidmatan di CME Globex.

Kerjasama yang telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) merupakan kerjasama strategik pertama selepas pemansuhan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang melibatkan pegangan ekuiti, penggabungan dan pengambil alihan.

Yusli berkata, kerjasama itu bakal menyaksikan produk derivatif sedia ada dan baru diperkenalkan di CME Globex, tetapi bursa Malaysia Derivatif akan terus beroperasi dan mempunyai kawalan ke atas masa dagangan, produk, spesifikasi, harga dan sebagainya sambil disokong oleh CME Globex.

''Dengan pelbagai akses melalui lapan pusat komunikasi sejagat, CME Globex menawarkan pengagihan global. Perpindahan produk Bursa Malaysia Derivatif ke CME Globex dijangka akan berkuatkuasa pada separuh kedua tahun hadapan,'' jelasnya.

Sementara itu, Chong Fatt menjangkakan kerjasama itu akan meningkatkan jumlah dagangan untuk pasaran hadapan minyak sawit mentah bagi jangka sederhana dan panjang.

''Kerjasama ini sejajar dengan usaha untuk menembusi dan mengembangkan penawaran produk serta perkhidmatan di Asia memandangkan industri derivatif di rantau ini mengalami pertumbuhan menyeluruh.

''Kekuatan unik Bursa Malaysia dalam industri minyak sawit membolehkan CME Group menawarkan kepada pelanggan akses kepada komoditi tersebut,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers