September 18, 2009

Seasaf CIMB Standard ambil alih B&B

KUALA LUMPUR 17 Sept. - South East Asian Strategic Assets Fund (SEASAF), yang dinasihat dan diuruskan oleh CIMB Standard, menyelesaikan pengambilan alih kepentingan Babcock & Brown (B&B) dalam Babcock & Brown Asia Infrastructure Fund (BBAIF).

"Dengan pengambilalihan itu, kami mengambil alih pejabat BBAIF di Bangkok dan dengan ini menjadikan kami segera berada di Thailand, satu daripada pasaran utama SEASAF," kata ketua Pegawai Eksekutif CIMB Standard, Dr Johan Bastin.

Beliau dalam kenyataannya di sini, berkata daripada segi lingkungan geografi dan strategi pelaburan, pengambilalihan Asia Infrastructure Fund melengkapkan dua dana yang syarikat uruskan.

"Kami menjangkakan dua profesional pelaburan kanan berpengalaman tambahan, akan menyertai pasukan kami untuk menyumbang dan mengukuhkan sumber pelaburan serta kapasiti pengurusan SEASAF dan CIMB Standard secara keseluruhan," katanya.

Bastin menjelaskan bahawa pengambilalihan berkenaan juga akan membolehkan CIMB Standard mengembangkan portfolio pelaburannya dengan lebih pantas lagi dan mengukuhkan kemampuan pengurusan.

"Ia merupakan bahagian penting strategi CIMB Standard untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengurus dana infrastruktur utama di rantau Asia Tenggara dan memperluaskan platform pengurusan dananya,

"Menambah pejabat di Bangkok merupakan satu yang strategik dan mendahului rancangan membuka pejabat tambahan di di Asia,'' tambah Bastion.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers