KUALA LUMPUR 28 Sept. - Hong Kong Monetary Authority (HKMA) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memajukan kewangan Islam.
HKMA dan BNM hari ini membuat pengumuman bersama mengenai MoU berhubung kerjasama dalam pembangunan industri perkhidmatan kewangan, terutamanya dalam bidang kewangan Islam.
Ketua Eksekutif HKMA, Joseph Yam berkata, bagi mencapai perkongsian strategik jangka panjang di bawah MoU ini, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam beberapa bidang utama.
"Antaranya bina upaya dan pembangunan modal insan, memudahkan dan menggalakkan pembangunan infrastruktur pasaran kewangan yang efektif melalui pertukaran maklumat dan pengalaman dalam pembangunan rangka kerja perundangan, pengawalan dan penyeliaan bagi kewangan Islam.
"Menggalakkan aktiviti kewangan merentas sempadan melalui usaha pengharmonian piawaian dan dokumentasi berkaitan urus niaga kewangan Islam dan menggalakkan penggunaan kontrak kewangan Islam secara konsisten bagi urus niaga merentas sempadan,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Tambah Joseph, MoU ini menandakan permulaan era baharu kerjasama antara HKMA dengan BNM dan mencerminkan komitmen bersama untuk meneruskan pembangunan industri kewangan Islam dan merintis jalan bagi inisiatif pada masa depan yang akan memanfaatkan kedua buah negara.
Sementara itu, Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, usaha yang merangkumi kerjasama dalam bidang kewangan Islam itu akan membuka lagi peluang untuk meningkatkan aliran ekonomi dan kewangan antara Hong Kong dengan Malaysia.
September 29, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com