September 25, 2009

Sektor pembuatan mula tunjuk pemulihan

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Sektor pembuatan mula menunjukkan tanda pemulihan kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamed.

Katanya, tanda positif itu mula dilihat apabila 13 persatuan berkaitan pembuatan meminta kerajaan untuk meningkatkan kemasukan tenaga buruh asing bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

''MITI telah berjumpa dengan persatuan-persatuan ini dan telah mendengar masalah mereka. Menurut mereka permintaan untuk sektor ini semakin pulih dan mereka memerlukan tambahan pekerja asing untuk memenuhi permintaan semakin meningkat.

''Apabila sektor pembuatan mula menunjukkan tanda pemulihan, ini akan menyebabkan kesan limpahan terhadap sektor-sektor lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Forbes, di sini hari ini.

Tambah Mustapa, Malaysia akan terus melakukan aktiviti promosi secara agresif bagi meningkatkan pertumbuhan jangka panjang.

''Kita tidak hanya menumpukan aktiviti promosi eksport untuk jangka pendek sahaja. Kita akan terus mempromosi untuk pasaran tradisional dan bukan tradisional bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang,'' jelasnya.

Krisis ekonomi sejagat telah mengakibatkan kejatuhan permintaan terhadap sektor pembuatan, namun permintaan terhadap sektor elektronik dan elektrikal serta perabot mula menunjukkan tanda positif.

Sementara itu, Mustapa berkata, pembukaan pasaran ASEAN akan meningkatkan perdagangan antara rantau ini.

Bermula 1 Januari tahun hadapan Malaysia dan lima negara ASEAN lain seperti Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand akan memuktamadkan perjanjian kawasan perdagangan bebas.

Perjanjian tersebut akan menghapuskan duti untuk semua produk yang menyaksikan Malaysia tidak akan mengenakan cukai kepada lebih 2,123 barangan.

Selain itu, China dan Korea Selatan juga akan menghapuskan duti terhadap 90 peratus produk di bawah perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan ASEAN yang berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan juga.

Januari tahun hadapan turut menyaksikan pelaksanaan FTA antara ASEAN dan India, Australia dan New Zealand yang bakal menyaksikan komuniti perniagaan mempunyai akses kepada pasaran di negara terbabit.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers