September 26, 2009

Harga saham ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam setelah kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran mendahului hujung minggu, dan kerugian saham mewah mempengaruhi pasaran.

Pada penutup, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia susut 0.67 mata kepada 1,217.39. Ia dibuka 0.37 mata lebih rendah pada 1,217.69.

“Sentimen serantau juga tidak banyak membantu. Pelabur juga berhati-hati selepas kerugian dua hari berturut-turut di Wall Street,” katanya.

FBMEmas turun 5.5 mata kepada 8,194.03, FBM Top 100 susut 7.42 mata kepada 7,985.84, FBM70 rugi 19.38 mata kepada 8,100.33 tetapi Indeks FBM ACE menokok 14.55 mata kepada 4,074.08.

Indeks Teknologi menambah 0.02 mata kepada 16.33, Indeks Kewangan susut 16.79 mata kepada 10,002.21, Indeks Perladangan berkurangan 11.46 mata kepada 5,992.99 dan Indeks Perusahaan meningkat 8.43 mata pada 2,667.09.

Saham rugi mengatasi untung pada 329 berbanding 309 dengan 250 kaunter tidak berubah dan 366 tidak didagangkan.

Jumlah dagangan lebih rendah pada 688.772 juta saham bernilai RM945.180 juta berbanding kelmarin pada 751.083 juta saham bernilai RM1.13 bilion.

Saham paling rugi adalah British American Tobbacco, yang susut 34 sen kepada RM44.54.

Antara saham aktif, KNM menokok 1.5 sen kepada 78.5 sen, Oil Corp susut 1.5 sen kepada 17.5 sen, Hock Lok Siew Corp berkurangan 5.5 sen kepada 44 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Sime Darby kekal pada RM8.58, Maybank merosot satu sen kepada RM6.68, CIMB Group turun lapan sen kepada RM11.16, manakala Tenaga Nasional Bhd jatuh satu sen kepada RM8.20.

Pasaran utama bagaimanapun susut kepada 632.296 juta saham bernilai RM929.450 juta berbanding Khamis pada 689.408 juta saham bernilai RM1.115 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran ACE berkurangan kepada 31.587 juta saham bernilai RM8.74 juta daripada 36.501 juta saham bernilai RM8.115 juta yang didagangkan sebelumnya.

Dagangan dalam waran, bagaimanapun meningkat kepada 19.463 juta unit bernilai RM5.095 juta daripada 17.407 juta unit bernilai RM4.204 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 77.932 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 136.452 juta, pembinaan 23.216 juta, dagangan dan perkhidmatan 229.784 juta, teknologi 220.950 juta, infrastruktur 7.993 juta, kewangan 54.113 juta, hotel 23.608 juta, hartanah 43.785 juta, perladangan 31.990 juta, perlombongan 11,000, REIT 25.205 juta dan tertutup/dana 20,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers