September 17, 2009

Sentimen pasaran kekal positif

HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi semalam dengan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) kekal melebihi paras 1,200 mata, dengan sentimen positif berterusan semasa kenaikan ketara saham Amerika Syarikat (AS).

Peniaga berkata, keyakinan terhadap ekonomi dunia merangsang saham di Wall Street, kelmarin.

Bagaimanapun, kegiatan pengambilan untung berterusan mengurangkan kenaikan keseluruhan dengan pelabur mencari untung mendahului cuti Hari Raya.

FBM KLCI ditutup 5.51 mata lebih tinggi pada 1,212.98 selepas dibuka 1.69 mata lebih tinggi pada 1,209.16.

FBMEmas menokok 43.47 mata kepada 8,157.2, FBM Top 100 meningkat 40.39 mata kepada 7,951.77, FBM70 menambah 57.76 mata kepada 8,045.57 manakala indeks FBM ACE naik 36.61 mata kepada 4,072.26.

Indeks Teknologi meningkat 0.1 mata kepada 16.34, Indeks Kewangan menokok 37.261 mata kepada 9,875.4, Indeks Perladangan naik 13.43 mata kepada 5,922.41 manakala Indeks Perusahaan menambah 19 mata kepada 2,664.33.

Saham untung mengatasi rugi pada 396 berbanding 211 manakala 259 kaunter tidak berubah dan 389 lagi tidak didagangkan.

Jumlah dagangan lebih tinggi pada 807.879 juta saham bernilai RM1.345 bilion daripada 613.785 juta saham bernilai RM1.008 bilion, kelmarin.

Halex Holdings, syarikat yang terbabit dalam perniagaan hortikultur dan produk bagi penjagaan kesihatan, mula disenaraikan di Bursa Malaysia, semalam.

Saham berkenaan yang dibuka pada 82 sen, dengan empat sen premium berbanding harga tawaran, meneruskan aliran menaik untuk ditutup pada 94 sen.

Antara saham aktif, KNM Group naik tiga sen kepada 77.5 sen, Multi-Purpose Holdings susut tujuh sen kepada RM1.88 dan Multi Sports Holdings meningkat 3.5 sen kepada 53.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, MISC menokok 20 sen kepada RM9.19, British American Tobacco untung 14 sen kepada RM45.02, CIMB Group Holdings menambah 10 sen kepada RM11.18 dan Genting meningkat 25 sen kepada RM6.98.

Jumlah dagangan Pasaran utama meningkat kepada 724.41 juta saham bernilai RM1.326 bilion daripada 540.991 juta saham bernilai RM990.532 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan pasaran ACE meningkat kepada 50.774 juta saham bernilai RM11.388 juta daripada 46.012 juta saham bernilai RM10.788 juta kelmarin.

Dagangan dalam waran menambah kepada 27.913 juta bernilai RM6.341 juta daripada 22.484 juta unit bernilai RM5.106 juta sebelumnya.

Barangan pengguna menguasai 53.05 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 249.7 juta, pembinaan 54.5 juta, dagangan dan perkhidmatan 216.5 juta, teknologi 7.1 juta, infrastruktur 11.7 juta, kewangan 49.2 juta, hotel 978,600 juta, hartanah 66.6 juta, perladangan 12.7 juta, perlombongan 4,000, REIT 2.04 juta, dan tertutup/dana 32,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers