September 17, 2009

Laos tawar potensi pelaburan pelbagai sektor

WALAUPUN pelaburan Malaysia di Laos ketika ini adalah kecil berbanding di negara Asean lain, negara itu menawarkan potensi yang besar dalam sektor perlombongan, pembinaan, pelancongan, kuasa hidro, pertanian dan pendidikan.

Presiden Persatuan Malaysia-Laos, Zulkiflee Abdullah, berkata pelabur Malaysia boleh meraih peluang yang wujud dari pelbagai projek kerajaan Laos untuk meningkatkan ekonomi negara itu.

“Ekonomi negara itu kini mulai bergerak dengan pembinaan lebih banyak jalan raya dan projek infrastruktur,” kata Zulkiflee yang juga adalah Ketua Eksekutif International Commercial Bank.

Beliau berkata, walaupun pasaran domestik Laos kecil kerana mempunyai bilangan penduduk hanya enam juta orang, ia menawarkan peluang yang besar dalam sektor seperti perlombongan dan loji kuasa.

“Satu lagi sektor ialah perhotelan kerana bilangan bilik di negara itu tidak mencukupi semasa musim kemuncak. Dengan adanya lebih banyak penerbangan antarabangsa ke negara ini dan pendedahan negara itu kepada dunia luar, lebih ramai ahli perniagaan dan pelancong datang ke negara ini,” kata Zulkiflee di Vientiane.

Zulkiflee berkata, pelabur Malaysia boleh juga meraih potensi dalam sektor pertanian, terutama getah dan sawit, pengiklanan, percetakan dan pendidikan, yang sebahagian besarnya dalam program teknikal dan menggunakan bahasa Inggeris. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers