September 1, 2009

Ulasan Pasaran: Pelabur tumpu saham murah

SAHAM di Bursa Malaysia mengalami fasa pengukuhan dan diniagakan dalam dagangan kecil minggu lalu berikutan musim cuti sekolah dan permulaan Ramadan dengan aktiviti urus niaga tertumpu terhadap saham murah, manakala saham mewah kekal didagangkan dalam jajaran kecil.

Pasaran bertindak secara positif terhadap prestasi semalaman di Amerika Syarikat (AS) Isnin minggu lalu, tetapi mengalami pembetulan hari berikutnya selepas Indeks Komposit Shanghai jatuh 2.6 peratus susulan kebimbangan ke atas semakan dasar monetari oleh kerajaan China.

Pasaran pulih semula pada bahagian terakhir minggu lalu berikutan jangkaan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan harga rumah yang lebih baik.

Penguncupan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia yang lebih rendah pada paras 3.9 peratus membantu mengekalkan momentum itu dengan indeks melonjak kembali empat mata pada Khamis.

Bagaimanapun, FBM KLCI masih mampu mengekalkan lonjakan mingguan sederhana sebanyak 10.48 mata, atau 0.9 peratus ketika ditutup Jumaat lalu.

Keuntungan memberangsangkan Genting Bhd (4.14 mata), Axiata (1.47 mata) dan Maybank (1.41 mata) menyumbang dua pertiga kepada peningkatan KLCI minggu lalu dan mengimbangi kejatuhan ketara BCHB yang merudum 4.15 mata Jumaat lalu.

Purata jumlah dan nilai dagangan harian masing-masing berkurangan kepada 651.7 juta saham dan RM1.07 bilion, berbanding purata 838.1 juta saham dan RM1.24 bilion minggu sebelumnya.

Ketika ekonomi Malaysia masih menunjukkan penguncupan pada asas tahun ke tahun, ia sudah pun meningkat melebihi jangkaan dengan pertumbuhan 4.8 peratus berdasarkan perbandingan suku ke suku, sekali gus mengakhiri kemelesetan teknikal susulan penguncupan aktiviti ekonomi 3.4 dan 7.8 peratus berasaskan suku ke suku pada dua suku terdahulu berturut-turut.

Pada masa sama, AS yang menjadi pasaran eksport penting kepada produk Malaysia merekodkan penguncupan KDNK satu peratus bagi suku kedua yang lebih baik daripada jangkaan berasaskan perbandingan tahunan berbanding jangkaan penguncupan 1.5 peratus.

Ketika lebih banyak petunjuk pemulihan ekonomi muncul di seluruh dunia, FBM KLCI dilihat berada pada keadaan pengukuhan dalam jangka terdekat.

Penyertaan pelabur adalah lemah seperti yang dicerminkan dalam jumlah purata harian yang rendah minggu lalu sebanyak 652 juta berbanding 1.03 bilion pada tiga minggu pertama Ogos.

Permulaan Ramadan dan cuti sekolah pada masa sama meningkatkan kelembapan dalam aktiviti dagangan ketika pelabur bercuti dengan keluarga semasa cuti sekolah selama seminggu.

Tiada pemangkin domestik yang jelas minggu lalu untuk melonjakkan minat dalam pasaran, sama ada dari segi korporat atau ekonomi.

Hala tuju pasaran menuju ke depan masih bergantung tinggi terhadap pasaran luar, terutama di AS.

Kesimpulannya, lebih banyak momentum bearis dan petunjuk arah aliran untuk FBM KLCI dicerminkan oleh lebihan belian harian stochastics yang perlahan serta petunjuk RSI 14-minggu, menandakan potensi menaik yang terhad dan memberi petunjuk ke aras pengukuhan lagi minggu ini.

Bagi FBM KLCI, sokongan terdekat disemak semula menaik kepada 1,164 dengan sokongan lebih kukuh pada 1,156 dan 1,140 untuk menyerap penurunan ketika pembetulan pengambil untung menjadi sempit serta singkat.

Halangan terdekat dilihat pada 1,180 dengan 1,190 dan 1,196 menjadi halangan seterusnya manakala halangan sukar 1,200 memerlukan satu penembusan kukuh bagi mengekalkan kenaikan ke paras 1,220.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers