September 1, 2009

GSC bimbang selesema babi jejas operasi

PPB Group Bhd menjangkakan operasi bahagian penayangan filem kumpulan itu di bawah Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (GSC) akan terjejas pada separuh kedua tahun ini, jika penularan wabak selesema babi (H1N1) semakin serius sehingga menyebabkan orang ramai kurang melakukan kegiatan luar rumah.

Ketua Eksekutif GSC, Koh Mei Lee, bagaimanapun berkata, kesan H1N1 terhadap operasi GSC belum dirasai setakat ini, tetapi ia akan memberikan kesan jika pawagam dibanjiri dengan filem untuk tontonan kanak-kanak.

“Ia disebabkan ibu bapa akan mengambil langkah lebih berhati-hati untuk membawa anak ke luar rumah bagi menonton wayang jika H1N1 semakin serius,” katanya pada taklimat media dan penganalisis mengenai prestasi kewangan separuh pertama PPB Group di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun pendapatan GSC bagi Ogos menunjukkan sedikit penurunan jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya, ia bukan disebabkan faktor H1N1, tetapi oleh faktor lain.

“Prestasi bahagian operasi penayangan filem yang lebih lemah bagi bulan berkenaan berbanding bulan sebelumnya bukan disebabkan faktor H1N1, tetapi disebabkan ketiadaan filem ‘box office’ yang mendapat sambutan ramai seperti bulan sebelumnya,” katanya.

Koh menambah, pada Julai lalu, pendapatan GSC disumbangkan oleh penayangan lebih banyak filem hebat, termasuk Transformers: Revenge of the Fallen yang menyebabkan peningkatan jualan.

Bagaimanapun, katanya, kekurangan filem hebat bagi bulan selepas itu berserta ketibaan Ramadan menyebabkan pendapatan GSC agak berkurangan berbanding sebelumnya.

“Ini antara faktor mempengaruhi pendapatan dan bukan disebabkan faktor H1N1,” katanya.

Namun, tegas beliau, jika wabak H1N1 tidak dapat dikawal, ia boleh menjejaskan operasi bahagian penayangan filem kumpulan PPB Group.

“Jika wabak H1N1 terkawal, prestasi operasi panggung wayang kumpulan sepatutnya dapat kekal bertahan,” katanya.

GSC adalah syarikat penayangan filem terbesar di negara ini dengan memiliki 161 skrin di 23 lokasi pawagam di seluruh negara dan menguasai kira-kira 40 peratus daripada kutipan tayangan filem di pasaran tempatan.

Koh berkata, pada separuh pertama berakhir 30 Jun 2009, bahagian penayangan filem menyumbang 5.57 peratus kepada pendapatan PPB Group yang berjumlah RM1.61 bilion dan 8.94 peratus kepada keuntungan operasi kumpulan yang berjumlah RM137 juta.

Bagi separuh pertama 2009, bahagian itu merekodkan pendapatan RM93.8 juta, meningkat 6.5 peratus daripada RM88.1 juta tempoh sama tahun lalu manakala keuntungan operasinya jatuh 0.8 peratus kepada RM12.3 juta daripada RM12.4 juta.

Beliau menjelaskan, pertumbuhan pendapatan bagi separuh pertama 2009 disumbangkan pembukaan dua pawagam GSC baru iaitu GSC 1 Borneo di Kota Kinabalu pada Jun tahun lalu dan GSC Dataran Pahlawan, Melaka pada Julai 2008.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers