September 12, 2009

PNB mahu susun semula unit pelaburan hartanah

Oleh Zainab Mohd Yatim
zmy@bharian.com.my

Fokus beli aset luar negara sebagai sumber pendapatan baru

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) yang telah menstruktur semula unit hartanahnya kepada empat bahagian perniagaan yang lebih fokus, sedang meninjau peluang untuk membeli lebih banyak bangunan dan tanah di dalam dan luar negara.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata selepas membeli Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, dan Lot 971 di kawasan U-Than yang berprestij, PNB kini sedang menyelesaikan pula pengambilalihan bangunan Kenanga International juga di Jalan Sultan Ismail, menerusi satu daripada empat unit hartanahnya.

"Selama ini PNB melabur dalam ekuiti dan kini kami mahu perhebatkan dalam pelaburan hartanah dan kami mahu setiap hartanah milik syarikat PNB mempunyai pulangan setimpal serta menjadi sumber pendapatan baru kepada PNB sendiri.

"Namun, kami tidak membeli secara sembarangan, tetapi selepas membuat kajian rapi dari segi lokasi, dan kualiti supaya apabila kami majukan aset berkenaan, ia akan memberi tambahan nilai kepada portfolio aset kami yang sedia ada.

"Kami juga berusaha menambah keluasan tanah kami di lokasi strategik yang berpotensi tinggi untuk dimajukan," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan Ramadan PNB kepada tujuh pertubuhan dan rumah kebajikan anak yatim sekitar Selangor yang menempatkan kira-kira 464 anak-anak yatim.

PNB menyusun semula operasi hartanahnya yang dibahagikan kepada empat entiti yang masing-masing mempunyai tumpuan lebih jelas mengenai hala tuju perniagaan masing-masing.

Unit berkenaan ialah Island & Peninsular Sdn Bhd (I&P), PNB Commercial Sdn Bhd, PNB Development Sdn Bhd dan PNB Investment Sdn Bhd.

Penyusunan itu susulan langkah PNB menggabungkan ketiga-tiga syarikat pelaburan hartanahnya, iaitu I&P, Pelangi Bhd serta Petaling Garden Bhd yang sebelum ini adalah syarikat senaraian awam.

Hamad Kama Piah berkata, perluasan operasi bahagian perniagaan hartanah PNB pada masa depan bukan saja tertumpu di dalam negara, tetapi juga di luar negara.

Dalam negara, katanya PNB sedang membuat persediaan untuk memajukan satu lagi asetnya, Stadium Merdeka, yang dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada anugerah 'Unesco Asia-Pacific Heritage Awards for Culture Heritage Conservation', tahun lalu.

Katanya, PNB akan membangunkan tapak seluas 7.2 hektar di persekitaran stadium itu dengan projek pembangunan bercampur dan ia dijangka dimulakan tahun depan.

Mengenai prestasi jualan Amanah Saham 1 Malaysia (AS1Malaysia) yang dilancarkan awal bulan lalu, Hamad Kama Piah berkata, setakat ini sebanyak 2.4 bilion unit sudah dilanggan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers