September 12, 2009

Ringgit terus kukuh

KUALA LUMPUR 11 Sept - Ringgit, yang ditutup kukuh hari ini, terus mencatatkan kenaikan seperti yang dilihat sejak lima hari yang lepas, sejajar dengan mata wang asing yang lain, kata seorang peniaga.

Katanya mata wang utama yang lain mengukuh berbanding dengan dolar berikutan rasa optimis bahawa ekonomi sedang mengalami pemulihan dan ini menarik pedagang untuk membeli mata wang yang lebih berisiko dan berkaitan pertumbuhan.

Pada jam 5 petang, ringgit dicatatkan 3.4930/4965, lebih tinggi daripada 3.4980/5030 yang dicatatkan semalam.

"Dolar kini sedang mengalami jualan berbanding kebanyakan mata wang asing lain dan dijangka merosot lebih jauh dalam jangka masa terdkat," katanya. Sepanjang hari ini, ringgit bergerak dalam julat 3.4885 dan 3.4980 berbanding dengan dolar tetapi dicatatkan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain.

Ia dicatatkan lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.4552/4585 daripada 2.4516/4586 semalam dan yen Jepun kepada 3.8423/8482 daripada 3.7956/8022.

Ringgit turun berbanding dengan pound British kepada 5.8347/8409 daripada 5.7755/7859 pada Khamis dan berbanding dengan euro kepada 5.0935/1007 daripada 5.0896/0986 sebelum ini. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers