September 7, 2009

Kedudukan ekonomi negara tambah baik tahun depan

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my

Pakej rangsang pertumbuhan RM67 bilion mula dibelanja

KEADAAN ekonomi negara dijangka bertambah baik tahun depan berikutan pelbagai inisiatif dan perancangan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sudah dilakukan termasuk pakej rangsangan RM67 bilion yang kini mula dibelanjakan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan ada agenda penting untuk pastikan tidak lama lagi Malaysia akan berada dalam kedudukan ekonomi yang lebih baik.

"Dengan pelbagai inisiatif dan perancangan yang kita lakukan itu....Insya-Allah pada 2010, ekonomi negara dijangka bertambah baik," katanya.



Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan (WP) berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada anak yatim sekitar ibu kota anjuran Badan Perhubungan Umno WP di Masjid WP, Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno WP, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, usaha kerajaan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi tidak akan berjaya sekiranya masyarakat terutama umat Islam tidak memainkan peranan membantu usaha kerajaan itu.

"Usaha kerajaan tidak akan berkesan jika tiada pembabitan terutama masyarakat Islam. Dalam tempoh kemelesetan, kerajaan sudah mengatur dan merangka pelbagai tindakan dan masyarakat diminta bersama kerajaan," katanya.

Beliau juga menyeru umat Islam supaya mengekalkan keamanan dan keselamatan yang dinikmati ketika ini hasil pimpinan kerajaan sedia ada.

Muhyiddin berkata, langkah itu penting supaya kerajaan dapat menumpukan terhadap usaha pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat negara ini.

"Masyarakat yang biasa dengan nikmat keamanan, akan mengambil mudah perkara itu...kita harus sentiasa hargai keamanan dan keselamatan yang dimiliki.

"Umat Islam di negara ini bertuah kerana negara berada dalam keadaan aman, makmur dan dapat meneruskan kehidupan tanpa diganggu gugat oleh anasir yang tidak mahu kita hidup aman dan sejahtera," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers