September 7, 2009

Bursa stabil dalam jajaran kecil

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Saham di Bursa Malaysia mungkin stabil dalam jajaran kecil minggu ini susulan kurangnya isyarat kukuh untuk pasaran bergerak ke depan, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, bilangan mereka yang kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) berkurangan pada Ogos, namun kadar pengangguran sudah meningkat ke paras tertinggi sejak Jun 1983 'yang bermakna ia mungkin mengambil masa yang lebih lama sebelum pasaran pulih sepenuhnya dan akhirnya merangsang sentimen pelabur dalam pasaran ekuiti di seluruh dunia'.

Ekonomi terbesar dunia itu hilang 7.4 juta pekerjaan sejak krisis kewangan dan kemelesetan yang bermula pada Disember 2007, namun bulan lepas senarai bilangan pekerja bukan ladang susut 216,000 berbanding kejatuhan 276,000 pada Julai.

"Ia boleh menggerakkan pasaran awal minggu ini, namun ia tidak berkekalan," kata seorang peniaga. Momentum belian yang meningkat penting untuk mengekalkan kenaikan itu, katanya.

Seorang penganalisis berkata, pemulihan kukuh pasaran AS sangat penting, terutama bagi pasaran Asia kerana ia terus menjadi destinasi eksport utama.

TA Securities baru-baru ini berkata, penurunan Indeks Komposit FBM Kuala Lumpur (KLCI) di bawah paras sokongan serta-merta pada 1,164, akan menyasarkan 1,156 dan 1,140 sebelum lebih banyak belian yang lebih ketara.

Ketahanan serta-merta kekal pada 1,180, dengan 1,190 hingga 1, 196 sebagai zon ketahanan berikutnya dan 1,200 sebagai siling yang sukar sukar dicapai, katanya.

Berdasarkan perbandingan mingguan, FBM KLCI meningkat 4.47 mata kepada 1,178.74, Indeks Kewangan menambah 92.77 mata kepada 9,526.69, Indeks Perladangan susut 49.48 mata kepada 5,787.94 manakala Indeks Perusahaan menokok 7.68 mata kepada 2,586.31.

Indeks FBM Emas menokok 24.18 mata kepada 7,948.23, Indeks FBM Top 100 meningkat 21.84 mata kepada 7,729.36 dan Indeks FBM ACE susut 13.36 mata kepada 4,132.17.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 2.207 bilion saham bernilai RM3.993 bilion berbanding 3.257 bilion saham bernilai RM5.334 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 2.004 bilion unit bernilai RM3.88 bilion berbanding 2.949 bilion unit bernilai RM5.28 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran ACE susut kepada 139.349 juta saham bernilai RM110.179 juta daripada 195.321 juta saham bernilai RM38.169 juta.

Waran juga susut kepada 64.628 juta unit bernilai RM14.322 juta berbanding 96.867 juta unit bernilai RM18.629 juta. - BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers