September 14, 2009

Ulasan Pasaran: Pasaran kekalkan pengukuhan

Oleh Kaladher Govindan

RALI kukuh selari dengan kenaikan pasaran global berjaya meningkatkan pasaran saham tempatan untuk mencecah paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan, minggu lalu.

Prestasi ini dicapai di sebalik pembelian yang berterusan lemah apabila pelabur hanya memberi tumpuan membeli saham mewah dan mengetepikan saham berharga rendah.

Sepanjang minggu lalu, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) melonjak 29.54 mata atau 2.5 peratus untuk ditutup pada 1,208.28.

Prestasi kukuh CIMB yang menyumbang kenaikan FBM KLCI sebanyak 8.55 mata, IOI Corp (+3.89), Sime Darby (+3.88), Public Bank (+3.63) dan Maybank (+2.11), menyumbang kepada hampir tiga suku daripada kenaikan indeks tanda aras berkenaan.

Purata bilangan urus niaga harian dan nilainya meningkat sedikit masing-masing kepada 662.8 juta saham bernilai RM1.14 bilion, berbanding 553.9 juta saham bernilai RM983.1 juta pada minggu sebelumnya.

Keyakinan terhadap pemulihan ekonomi global begitu kukuh ketika ini dan diharap akan terus meningkatkan pasaran ekuiti di seluruh dunia.

Jangkaan kenaikan inflasi dan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini menarik lebih banyak pelabur ke dalam pasaran ekuiti dan kebimbangan terhadap penurunan lebih banyak dalam nilai mata wang dolar Amerika Syarikat (AS), telah mendorong kenaikan harga emas kepada AS$1,006.4 seauns, paras tertinggi sejak Mac 2008.

Malangnya, harga minyak sawit mentah (MSM) tidak menikmati kenaikan yang sama berikutan inventori yang tinggi dan tinjauan bekalan semakin pulih, yang mana faktor ini tidak disokong oleh pemulihan dalam kekukuhan permintaan.

Umum menjangkakan ekonomi berkembang pada kadar tahunan 2.9 peratus pada suku ketiga tahun ini apabila ia mendapat manfaat daripada pakej rangsangan kerajaan.

Negara pengeksport juga sudah mula menunjukkan pemulihan. Malaysia sebagai contoh telah melaporkan penguncupan eksport Julai yang lebih rendah daripada jangkaan (22.8 peratus berbanding jangkaan negatif 24.4 peratus) dan pengeluaran perindustrian (negatif 8.4 peratus berbanding negatif 10.5 peratus) dan mungkin akan terus mengatasi jangkaan apabila jualan pengeluaran Julai dikeluarkan Jumaat ini.

Angka Indeks Harga Pengguna bagi Ogos akan dikeluarkan dua hari lebih awal dan jangkaan penguncupan sebanyak 2.4 peratus akan diterajui oleh harga minyak petrol yang rendah.

Pelabur dinasihatkan mengekalkan strategi ‘jual ketika rali’ terhadap saham yang telah meningkat berbanding faktor asas dalam tempoh enam bulan lalu.

Pelabur juga dinasihat supaya meningkatkan pendedahan terhadap saham minyak dan gas, teknologi, pembinaan, bahan binaan dan infrastruktur.

Ketika semua petunjuk momentum harian dan mingguan bagi FBM KLCI menunjukkan kedudukan teknikal terlebih beli yang sedang meningkat, petunjuk aliran kekal bulis dan terus menunjukkan ia akan terus meningkat.

Pembetulan pengambilan untung seharusnya menjadi lebih perlahan, di sebalik momentum pembelian yang lemah berikutan kenaikan saham mewah kekal mendapat sokongan pasaran luaran yang kukuh.

Sementara itu, pasaran seharusnya mengekalkan pengukuhan kadar sederhana, berikutan pelabur dijangka kekal berada di luar pasaran menjelang cuti Aidilfitri, minggu depan.

Pelabur seharusnya terus mengumpul saham perbankan yang terkurang nilai seperti AMMB, EON Capital dan Hong Leong Bank, berikutan tinjauan pemulihan ekonomi tahun depan.

Saham Kinsteel, Kencana Petroleum, Kurnia Asia dan MPHB kemungkinan menerajui kemunculan pelaburan bersilih ganti terhadap saham murah.

Tahap sokongan FBM KLCI dijangkakan pada 1,196, paras tertinggi 14 Ogos lalu yang kini menjadi paras sokongan untuk menampung penurunan dengan paras sokongan lebih kukuh pada 1,190.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers