September 7, 2009

Ekonomi dijangka makin pulih tahun depan, kata TPM

06/09/2009 11:16pm

KUALA LUMPUR 6 Sept. — Ekonomi negara dijangka semakin pulih menjelang tahun depan berdasarkan perancangan teliti dan gerak langkah yang dilaksanakan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dalam menghadapi kelembapan ekonomi ketika ini, kerajaan mempunyai agenda yang sangat penting untuk memastikan dalam tempoh yang tidak terlalu lama, keadaan ekonomi negara akan bertambah baik.

“Dengan menyediakan peruntukan RM67 bilion sebagai satu pakej rangsangan ekonomi kita yang sudah pun mula dibelanjakan, kita harap kesan daripada perbelanjaan itu akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut meningkatkan kegiatan ekonomi domestik dan mempelbagaikan ekonomi negara supaya tidak bergantung kepada sesuatu bidang sahaja bagi membantu memperbaiki taraf hidup masyarakat.

“Nasib baik negara kita aman. Jadi kita boleh tangani isu yang berkait dengan soal hidup rakyat misalnya menangani kumpulan termiskin dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat yang masih lagi kecil,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta di sini malam ini. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers