September 16, 2009

Dagangan bersilang diperluaskan

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Lima bursa saham ASEAN telah memeterai perjanjian tambahan dengan Bursa Saham Hochiminh bagi membolehkannya meneroka perdagangan bersilang antara pasaran modal ASEAN melalui gerbang elektronik.

Lima bursa saham tersebut adalah Bursa Malaysia, bursa saham Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Perjanjian itu berlangsung pada Mesyuarat Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Saham ASEAN Ke-9 di Kuala Lumpur.

Inisiatif ini bertujuan menubuhkan papan buletin ASEAN, yang akan menunjukkan data pasaran peserta bursa saham serta membolehkan setiap bursa meletakkan saham daripada pasaran mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, kemasukan Bursa Saham Hochiminh dalam pakatan serantau mengukuhkan lagi potensi dan kebolehan untuk menghubungkan pasaran ASEAN secara elektronik.

''Bursa Malaysia menyambut baik penyertaan Bursa Saham Hochiminh ke dalam kerjasama serantau yang akan menawarkan platform kompetitif dan kemudahan kepada pelabur global.

''Bursa Malaysia dan ahli yang lain berkongsi pandangan untuk nilai jangka panjang melalui kerjasama strategik menjadikan ASEAN lebih kukuh dari segi ekonomi dan kewangan,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers