December 7, 2009

Regus sasar dua digit

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Regus Group yang menawarkan penyumberan luar penyelesaian tempat kerja bagi keperluan kemudahan perniagaan fleksibel syarikat, melabur sehingga RM7 juta bagi konsep baharu Ruang Niaga Regus.

Menurut Naib Presiden Serantau Regus Group Australia, New Zealand dan Asia Tenggara, William Willems, krisis ekonomi dunia telah mencetus permintaan untuk syarikat itu menyediakan satu pangkalan fleksibel sebagai tempat untuk tenaga kerja beroperasi.

"Krisis ekonomi semasa serta kian meningkatkan pekerja mudah alih dan yang berkerja dari rumah, telah memaksa syarikat menilai semula keperluan tempat kerja dan sama ada mereka mempunyai ruang pasaran yang betul," kata Willems.

Laporan IDC baru-baru ini mengenai "Unjuran Jumlah Tenaga Kerja Mudah Bergerak Di Seluruh Dunia 2007-1011" menyatakan bilangan tenaga kerja mudah alih di seluruh dunia akan meningkat daripada 758.6 juta pada 2006 kepada 1.0 bilion pada 2011. Ini merupakan 30.4 peratus tenaga kerja.

Asia Pasifik - termasuk Jepun - mempunyai jumlah tenaga kerja mudah alih paling besar sepanjang tempoh itu. Rantau ini mempunyai 479.8 juta tenaga kerja mudah alih pada 2006, dan jumlah itu akan meningkat kepada 671.2 juta pada 2011.

IDC ialah penyedia maklumat pasaran, khidmat nasihat, acara teknologi maklumat, telekomunikasi dan pasaran teknologi pelanggan utama di dunia.

Willems dalam temu bual dengan Bernama yakin syarikat itu dapat merekodkan pertumbuhan dua angka bagi pangkalannya di Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Regus melancarkan pusat niaga pertamanya di Malaysia pada Oktober 1999 di Menara Kembar Petronas dan mempunyai lebih 600 pelanggan.

Buat masa ini Regus mempunyai dua pusat niaga lain yang terletak di KL Sentral dan Plaza Sentral.

"Penyumberan luar di tempat kerja membolehkan syarikat peluang meraih pasaran baharu dengan pantas kerana infrastruktur pejabat sudah tersedia ada.

"Ini khususnya bermanfaat apabila perniagaan mula membina pejabat di pasaran membangun," katanya.

Regus merancang untuk terus mengembangkan pusat niaganya di Malaysia tahun depan, menyasarkan kawasan seperti Cyberjaya, Damansara dan Klang.

Sementara itu, Ruang Niaga Regus yang baharu dilancarkan itu menyatukan sumber kecanggihan terkini untuk komuniti beristirehat dengan suasana ruang kafe paling moden. Ia menawarkan kepada tenaga kerja bergerak keselesaan, suasana kerja profesional lengkap dengan cita rasa sebuah bar kafe, pelbagai jenis ruang kerja dan kemudahan bermesyuarat, perkakas produktiviti seperti komputer, Internet WiFi terjamin akses tanpa caj, dan keupayaan sidang video berdefinisi tinggi. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers