KUALA LUMPUR 6 Dis. - Harga saham di Bursa Malaysia dijangka terus mengukuh minggu depan, dengan aktiviti memperelokkan akaun tidak dapat dielakkan berikutan kurangnya petunjuk positif yang kukuh.
"Para pengurus dana masih enggan memasuki pasaran, dan saya tidak nampak mereka mengambil sebarang tindakan dalam tempoh terdekat," kata seorang peniaga.
"Peserta pasaran memerlukan insentif kukuh untuk memasuki pasaran memandangkan indeks asas pasaran sudah mencecah paras tertingginya 1,288.42 pada 17 November. Dan pada masa ini, saya tidak nampak sebarang faktor penggerak," katanya.
Beliau berkata, pengukuhan perlu untuk pasaran berada pada asas yang kukuh sebelum melonjak ke paras berikutnya.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia (FBM) Kuala Lumpur (KLCI) dijangka melepasi paras 1,300 mata sebelum akhir tahun, sementara pasaran menunggu model ekonomi baharu negara diumumkan dalam tempoh terdekat.
Penganalisis meletakkan paras sokongan antara 1,250.0 dan 1,267.0 dan paras ketahanan pada 1,269.0 dan 1,286.0, minggu depan.
Seorang lagi peniaga berkata kebanyakan pelabur mengambil sikap berhati-hati dan enggan melabur dalam pasaran berikutan ketidaktentuan dalam krisis kewangan Dubai World.
"Berikutan krisis Timur Tengah yang berpunca dari Dubai, pelabur tempatan akan melepaskan saham-saham yang mempunyai pendedahan terhadap negara itu, menyimpan lebih banyak tunai untuk menghadapi kemungkinan berlaku keruntuhan," katanya.
Krisis kewangan di Dubai dan penurunan nilai Dong Vietnam bulan lepas menyebabkan pasaran serantau dan dunia menurun.
"Sebarang pergerakan dalam bursa serantau dan dunia akan memberi impak terhadap pasaran tempatan," kata peniaga.
Minggu ini, bursa tempatan bergerak dalam jajaran kecil dengan aktiviti pengambilan untung dan aktiviti pelupusan menyebabkan harga bercampur-campur.
Mengikut asas mingguan, FBM KLCI susut 0.41 mata kepada 1,270.20 berbanding 1,270.61.
Indeks FBM Emas turun 14.28 mata kepada 8,444.07, Indeks FBM Top 100 susut 15.89 mata kepada 8,257.57 dan FBM 70 turun 68.70 mata kepada 8,080.27.
Indeks Kewangan turun 16.11 mata kepada 10,886.66 dan Indeks Perusahaan turun 17.87 mata kepada 2,692.26.
Indeks FBM ACE bagaimanapun melonjak 58.18 mata kepada 4,349.13 dan Indeks Perladangan meningkat 38.13 mata kepada 6,284.07.
Jumlah dagangan minggu ini sebanyak 4.071 bilion saham bernilai RM5.640 bilion berbanding 3.84 bilion saham bernilai RM4.089 bilion minggu lepas.
Pasaran ditutup pada 27 November sempena sambutan Aidiladha.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.471 bilion saham benilai RM5.496 bilion berbanding 2.474 bilion saham bernilai RM3.97 bilion.
Waran melonjak kepada 223.945 juta unit bernilai RM42.116 juta berbanding 144.347 juta unit bernilai RM26.167 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 343.893 juta saham bernilai RM78.735 juta berbanding 322.737 juta saham bernilai RM70.275 juta minggu lepas. - BERNAMA
December 7, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com