December 5, 2009

KLCI ditutup pada jajaran kecil

BURSA Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini pada paras lebih rendah semalam dalam jajaran kecil, disebabkan oleh kejatuhan di kaunter British American Tobacco, Petronas Gas dan CIMB Group.

Peniaga berkata, sentimen pasaran agak lemah kerana kebanyakan pelabur enggan memasuki pasaran menjelang hujung minggu.

Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 2.15 mata atau 0.17 peratus kepada 1,270.20.

Indeks utama itu bergerak dalam jajaran 1,269.43 hingga 1,271.91 dalam dagangan hari ini, selepas dibuka 0.52 mata lebih rendah pada 1,271.83.

“FBM KLCI diniagakan lebih rendah sepanjang hari ini (semalam) tetapi penyusutan itu tidak besar. Kebanyakan pelabur enggan memasuki pasaran kerana ketiadaan berita baru yang merangsang pasaran,” kata peniaga.

Pada penutup, Indeks FBM Emas turun 16.83 mata kepada 8,444.07, Indeks FBM Top 100 susut 18.44 mata kepada 8,257.57 dan Indeks FBM70 jatuh 35.94 mata kepada 8,080.27.

Indeks Kewangan merosot 58.12 mata kepada 10,886.66 dan Indeks Perusahaan turun 1.63 mata kepada 2,692.26.

Indeks FBM ACE, bagaimanapun, melonjak 35.27 mata kepada 4,349.13 dan Indeks Perladangan meningkat 10.19 mata kepada 6,284.07.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 332 berbanding 269, manakala 281 kaunter tidak berubah dan 402 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan bertambah kepada 657.990 juta saham bernilai RM876.974 juta daripada 643.846 juta saham bernilai RM821.949 juta, kelmarin.

Antara saham cergas, Vastalux Energy turun empat sen kepada 17.5 sen, terendah sejak penyenaraiannya pada September 2008, selepas mencatatkan kerugian bersih RM17.72 juta dalam suku ketiga berakhir 30 September 2009.

KNM Group susut setengah sen kepada 71 sen, LCL Corp naik lima sen kepada 36 sen, Proton-CB menokok setengah sen kepada 15 sen dan Green Packet-Waran kekal pada 72 sen.

Ranhill, yang menjangka loji kuasa turbin gas kitaran tergabung 190 megawat keduanya di Sabah siap menjelang akhir 2010, meningkat lima sen kepada 86 sen.

Di kalangan saham berwajaran tinggi, British American Tobacco, Petronas Gas dan CIMB Group turun 10 sen setiap satu, kepada RM44.10, RM9.80 dan RM12.88.

Tanjong mengukuh 16 sen kepada RM16.50, Genting naik tujuh sen kepada RM7.30 dan PPB Group menambah empat sen kepada RM15.94.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama bertambah kepada 571.172 juta saham bernilai RM853.795 juta daripada 563.458 juta saham bernilai RM807.438 juta, kelmarin.

Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 43.231 juta unit bernilai RM12.619 juta daripada 43.184 juta unit bernilai RM6.933 juta sebelumnya.

Waran meningkat kepada 38.931 juta saham bernilai RM69.051 juta daripada 34.388 juta saham bernilai RM5.662 juta. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers