Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my
PROJEK Taman Sains Selangor 2 (SSP2) di Cyberjaya yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal menerima sehingga lima lagi pelaburan daripada syarikat asing tahun depan, khususnya dalam sektor perindustrian dan komersial.
Ketua Pembangunan Perniagaannya, Norzila Sidek, berkata ketika ini PKNS sedang berunding dengan beberapa syarikat dari Amerika Syarikat, Asia Barat, Singapura dan Indonesia yang menyatakan minat mereka untuk beroperasi di SSP2.
Katanya, jumlah pelaburan masih belum ditentukan tetapi jika rundingan itu dimuktamadkan, SSP2 bakal menerima pelaburan awal berjumlah RM700 juta yang membabitkan kira-kira 100 hektar daripada keluasan tanah projek mega itu.
“Selain rundingan yang sedang berlangsung, kami turut menerima pertanyaan daripada syarikat Korea yang berhasrat membina taman tema di SSP2, selain dua lagi syarikat tempatan yang terbabit dalam gentian kaca dan panel solar untuk membuka operasi di sini,” katanya kepada media selepas kunjungan delegasi pelaburan dari Korea di Cyberjaya, Selangor, semalam.
Beliau berkata, PKNS sedang giat menarik pelabur dari dalam dan luar negara khususnya dalam teknologi tinggi bagi menjadikan SSP2 ikon terbaru kerajaan negeri Selangor, selepas Taman Sains Selangor di Kota Damansara beroperasi lebih 10 tahun lalu.
Katanya, SSP2 yang mempunyai keluasan tanah keseluruhan 480 hektar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih RM3 bilion itu dijangka siap sepenuhnya antara 10 hingga 15 tahun.
“Sebanyak 60 peratus daripada keluasan SSP2 diperuntukkan untuk projek industri, dengan 70 peratus daripadanya disasarkan untuk penyertaan syarikat asing, dan selebih 30 peratus untuk syarikat tempatan,” katanya.
Norzila berkata, PKNS sudah membelanjakan lebih RM600 juta bagi pembangunan prasarana projek mega di SSP2 dan menerusi projek itu, ia dijangka mewujudkan lebih 20,000 pekerjaan baru serta pejabat dan kediaman untuk lebih 200,000 orang.
Sebelum ini, PKNS memeterai perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Q-Cells Malaysia Sdn Bhd, Andaman Realty Sdn Bhd dan Metro Kajang Holdings Bhd. Q-Cells, pengeluar panel solar berpangkalan di Jerman adalah syarikat pertama yang beroperasi di SSP2 sejak setahun lalu.
Andaman Realty dan Metro Kajang, masing-masing akan membina kampus serta asrama baru bagi SEGi College dan memajukan sebahagian kawasan perumahan di SSP2 yang dijangka dimulakan tahun depan.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com