KUALA LUMPUR 4 Dis. - Sistem perolehan elektronik, ePerolehan, mengunjurkan peningkatan 31 peratus tempahan belian tempatan tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Commerce Dot Com Sdn. Bhd., Datuk Azizan Ayob yang mengurus ePerolehan berkata, pihaknya akan terus menaik taraf sistem bagi menampung permintaan yang semakin meningkat untuk pembekal berdaftar baharu.
"Ia juga akan memastikan semua pembekal menikmati manfaat untuk menjalankan perniagaan dengan kerajaan dalam persekitaran yang lebih selamat, terjamin dan telus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sistem ePerolehan diperkenal oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan yang merevolusikan proses bidaan, selain memastikan ketelusan dalam pemilihan pembekal dan kontraktor.
Berdasarkan angka terbaharu, terdapat peningkatan besar dalam tempahan belian iaitu daripada 107,000 pada 2005 kepada 618,700 setakat ini.
Bagi pembangunan ePerolehan, Commerce Dot Com membangunkan mode BOT (bina-milik-pindah) yang memanfaatkan keupayaan kerajaan untuk meneroka projek berskala besar untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.
Ia merupakan strategi yang membolehkan syarikat swasta mendapat konsesi daripada sektor awam untuk mereka bentuk, membina dan mengurus kemudahan berdasarkan kontrak, kata Azizan.
"BOT pada asalnya dilaksanakan untuk membawa masuk pelaburan swasta dalam pembinaan kemudahan infrastruktur baharu," katanya.
Beliau berkata, untuk negara membangun seperti Malaysia, kebiasaannya strategi membabitkan kerajaan dan perbadanan membangunkan projek nasional berskala besar.
December 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com