KUALA LUMPUR 4 Dis - Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini pada paras lebih rendah hari ini dalam dagangan berjajaran kecil, disebabkan oleh kejatuhan di kaunter British American Tobacco, Petronas Gas dan CIMB Group, kata peniaga.
Mereka berkata sentimen pasaran agak lemah kerana kebanyakan pelabur terus enggan memasuki pasaran menjelang hujung minggu. Kebanyakan bursa serantau juga turun, seiringan dengan kemerosotan di Wall Street semalaman, kata mereka.
Petunjuk pasaran Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 2.15 mata, atau 0.17 peratus kepada 1,270.20.Indeks utama itu bergerak dalam jajaran 1,269.43 hingga 1,271.91 dalam dagangan hari ini, setelah dibuka 0.52 mata lebih rendah pada 1,271.83.
Pada pukul 5, Indeks FBM Emas turun 16.83 mata kepada 8,444.07, Indeks FBM Top 100 susut 18.44 mata kepada 8,257.57 dan Indeks FBM70 jatuh 35.94 mata kepada 8,080.27.Indeks Kewangan merosot 58.12 mata kepada 10,886.66 dan Indeks Perusahaan turun 1.63 mata kepada 2,692.26.
Indeks FBM ACE, bagaimanapun, melonjak 35.27 mata kepada 4,349.13 dan Indeks Perladangan meningkat 10.19 mata kepada 6,284.07.
Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 332 berbanding 269 manakala 281 kaunter tidak berubah dan 402 yang lain tidak diniagakan.Jumlah dagangan bertambah kepada 657.990 juta saham bernilai RM876.974 juta daripada 643.846 juta saham bernilai RM821.949 juta semalam.
Antara saham cergas, Vastalux Energy turun empat sen kepada 17.5 sen, terendah sejak penyenaraiannya pada September 2008, selepas mencatatkan kerugian bersih RM17.72 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept, 2009.
Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama bertambah kepada 571.172 juta saham bernilai RM853.795 juta daripada 563.458 juta saham bernilai RM807.438 juta semalam.Pasaran ACE mencatatkan peningkatan jumlah dagangan kepada 43.231 juta unit bernilai RM12.619 juta daripada 43.184 juta unit bernilai RM6.933 juta semalam.
Waran meningkat jumlahnya kepada 38.931 juta saham bernilai RM69.051 juta daripada 34.388 juta saham bernilai RM5.662 juta sebelumnya.
Barangan pengguna menyumbang 39.505 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 111.764 juta, pembinaan 40.059 juta, perdagangan dan perkhidmatan 194.589 juta, teknologi 30.005 juta, prasarana 9.438 juta, kewangan 63.893 juta, hotel 6.204 juta, harta 63.662 juta, perladangan 11.639 juta, perlombongan tiada, REIT 387,700 juta dan dana tertutup 25,200. - Bernama
December 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com