KUALA LUMPUR 4 Dis. - Eksport keseluruhan Oktober tahun ini mencatatkan pertumbuhan kukuh peningkatan 15 peratus berbanding September dan eksport bulanan yang tertinggi bagi tempoh 10 bulan tahun ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed.
Pertumbuhan kukuh itu diterajui oleh eksport produk elektrik dan elektronik (E&E), katanya di dalam laporan mengenai prestasi perdagangan bagi Oktober 2009 dan tempoh Januari hingga Oktober 2009.
Import meningkat 12.9 peratus kepada RM42.81 bilion pada Oktober dan perdagangan keseluruhan meningkat 14.1 peratus kepada RM97.09 bilion.
Lebihan perdagangan RM11.47 bilion dicatatkan pada bulan yang dikaji, yang menjadikannya bulan ke-144 berturut-turut mencatatkan lebihan perdagangan sejak 1997.
Berdasarkan tahun ke tahun, eksport berkembang 1.6 peratus. Ini merupakan pertumbuhan positif pertama selepas penguncupan selama 12 bulan berturut-turut.
Import turun 2.3 peratus dan perdagangan keseluruhan menguncup 0.2 peratus manakala lebihan perdagangan meningkat 19.3 peratus.
Peningkatan eksport pada Oktober tahun ini disumbang kebanyakannya oleh eksport lebih tinggi produk E&E, petroleum mentah, gas asli cecair, produk kayu, peralatan optik dan saintifik serta pengeluaran logam.
Eksport kesemua pasaran utama - Singapura, China, Amerika Syarikat, Jepun dan dan Thailand - dicatatkan bertambah baik dan merupakan 52 peratus daripada eksport keseluruhan Malaysia.
Eksport ke ASEAN meningkat 19.1 peratus kepada RM14.01 bilion berbanding bulan sebelum itu. Ini merupakan 25.8 peratus daripada eksport keseluruhan negara ini.
Peningkatan itu sebahagian besarnya berikutan eksport lebih tinggi petroleum mentah, produk E&E, pengeluaran logam serta jentera, peralatan dan alat ganti.
Tahun ke tahun, eksport ke ASEAN pada Oktober meningkat 3.1 peratus.
Eksport ke China meningkat 1.2 peratus kepada RM6.78 bilion berbanding dengan September. Ini adalah berikutan eksport lebih tinggi produk E&E, kimia dan produk kimia serta getah mentah.
Eksport ke China pada Oktober meningkat 39.2 peratus berbanding setahun lepas.
Eksport ke Kesatuan Eropah (EU) meningkat 15.2 peratus kepada RM6.14 bilion berbanding dengan bulan sebelum itu. Ini disumbang oleh eksport lebih tinggi produk E&E, minyak sawit, peralatan optik dan saintifik dan getah mentah.
Berbanding dengan Oktober tahun lepas, eksport meningkat 0.6 peratus.
Ke Amerika Syarikat (AS), eksport meningkat 24.5 peratus kepada RM5.94 bilion berbanding bulan sebelum itu, yang sebahagian besarnya disebabkan eksport lebih tinggi produk E&E, petroleum bertapis, peralatan optik dan saintifik serta produk kayu.
Tahun ke tahun, eksport turun 7.7 peratus. Eksport ke Jepun bernilai RM5.09 bilion, yang meningkat 16.8 peratus berbanding September. Ini dihasilkan oleh eksport lebih tinggi produk E&E, petroleum mentah, produk kayu dan produk petroleum bertapis. Berbanding dengan Oktober tahun lepas, eksport dicatatkan turun 15.3 peratus.
Eksport ke Hong Kong berkembang 5.9 peratus kepada RM2.62 bilion daripada September, yang sebahagian besarnya disebabkan eksport lebih tinggi produk E&E, kimia dan produk kimia dan pengeluaran plastik.
Eksport pada Oktober tahun ini meningkat 28.2 peratus berbanding dengan tahun lepas. Import keseluruhan pada Oktober 2009 merosot 2.3 peratus kepada RM42.81 bilion daripada tempoh yang sama tahun lepas, yang sebahagian besarnya disebabkan pengimportan lebih rendah barangan perantara.
Perdagangan keseluruhan untuk tempoh 10 bulan tahun ini bernilai RM799.78 bilion, yang merupakan kemerosotan 21 peratus berbanding tempoh yang sama 2008.
Dalam tempoh yang sama, eksport merosot 20.7 peratus kepada RM448.58 bilion manakala import turun 21.4 peratus kepada RM351.2 bilion, yang menyebabkan lebihan perdagangan RM97.38 bilion. - BERNAMA
December 5, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com