December 5, 2009

India jangka dagangan dengan Malaysia cecah RM38b pada 2010

KUALA LUMPUR 4 Dis. - India, rakan dagang ke-12 terbesar Malaysia, menjangkakan dagangan akan pulih ke paras sebelum kelembapan, tahun depan memandangkan lebih banyak syarikat India mula membuka operasi mereka di sini.

Timbalan Persuruhjaya Tinggi India di Malaysia, B.N. Reddy berkata, dagangan dua hala dijangka mencecah AS$10.5 bilion (RM35.7 bilion) tahun depan.

Beliau berkata, dagangan antara India dan Malaysia yang susut 28 peratus sehingga September 2009 berbanding tempoh yang sama pada 2008, sudah mula meningkat.

"Pada 2008, dagangan bernilai AS$10.5 bilion dan beliau yakin jumlah dagangan 2010 akan dipulihkan ke tahap itu berdasarkan minat berterusan yang ditunjukkan oleh peserta industri India di pasaran Malaysia.

"Jumlah dagangan meningkat sekali ganda berbanding AS$5 bilion (RM17 bilion) pada 2005 kepada AS$10.5 bilion pada 2008 dan saya yakin trend itu akan meningkat memandangkan produk yang didagangkan antara India dan Malaysia sentiasa dipelbagaikan," katanya selepas melancarkan Enterprise India Pavilion pada Pameran Perdagangan dan Pengguna Antarabangsa Malaysia selama lima hari.

Reddy berkata, barangan mesin, elektrik, tekstil, farmaseutikal dan makanan, semakin berkembang sebagai eksport utama India ke Malaysia manakala minyak sawit mentah merupakan import utama India dari Malaysia.

"Dengan pelaburan AS$1 bilion (RM3.4 bilion) yang disuntik sejak 18 bulan lepas oleh syarikat-syarikat India, kami yakin terhadap potensi pertumbuhan.

"India dan Malaysia sudah mencecah paras pembabitan yang kritikal.

"Berdasarkan persekitaran global yang suram. Terdapat peluang yang lebih besar dan kami menjangkakan dapat merangsang perdagangan dan perniagaan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan tanda-tanda pemulihan yang berlaku dalam ekonomi dunia, 2010 merupakan tahun yang menjanjikan prestasi baik.

Mengulas penyertaan India dalam Pameran Perdagangan dan Pengguna Malaysia Kelapan, beliau berkata platform ini akan meningkatkan penyertaan dari kedua-dua negara.

Sementara itu, Konfiderasi Industri India (CII), dewan perniagaan utama India, akan mengetuai 24 syarikat dari India pada pameran itu bagi mengetengahkan produk mereka seperti kraftangan, pakaian dan kosmetik.

Timbalan Pengarah CII, Amit Panjwani berkata, syarikat itu berharap memperoleh jualan kira-kira AS$20,000 (RM68,000).

"Pasaran Malaysia besar dan mempunyai potensi yang hebat. Respons juga baik setakat ini.

"Syarikat juga mengkaji kemungkinan melantik peniaga di Malaysia bagi meneroka peluang dalam pasaran ASEAN," katanya.

- BERNAMA

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers