December 3, 2009

Ringgit ditutup tinggi

KUALA LUMPUR 2 Dis - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan kenaikan mata wang Asia serantau dengan pelabur beralih kepada aset lebih berisiko apabila kebimbangan terhadap masalah hutang Dubai semakin reda, kata para peniaga.

"Dolar AS lemah kerana United Kingdom mempunyai pendedahan paling besar kepada hutang Dubai World," kata seorang daripada peniaga.

Ringgit berada pada 3.3750/3800 berbanding dolar AS daripada 3.3810/3860 pada penutup semalam.

Bank-bank dengan pendedahan luar negara yang besar berada di bawah tekanan dengan kebimbangan yang memuncak akan masalah hutang Dubai World yang menjejaskan saham perbankan di pasaran luar negara, kata peniaga itu.

Mata wang tempatan naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 2.4446/4502 daripada 2.4447/4518 semalam dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8616/8699 daripada 3.8867/8946 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit lemah berbanding pound British pada 5.6123/6223 daripada 5.5827/5930 semalam dan juga berbanding euro pada 5.0942/1028 daripada 5.0938/0017 sebelumnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers