December 3, 2009

Bursa teguh di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 2 Dis - Saham-saham Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras lebih teguh hari ini dengan pengukur pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 0.35 peratus sejajar dengan prestasi positif dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata ada belian kecil-kecilan di kaunter kewangan dan berkaitan perladangan apabila trend meningkat di Wall Street semalaman dan berita bahawa Dubai World merancang menyusun semula hampir separuh daripada hutangnya, membantu mencetuskan minat belian dalam pasaran tempatan.

FBM KLCI ditutup 4.44 mata lebih tinggi, didorong oleh kenaikan besar yang dicatatkan oleh Genting dan Kuala Lumpur Kepong.Indeks utama itu bergerak di antara 1,267.88 dan 1,273.30 mata, selepas dibuka 6.57 mata lebih tingi pada 1,273.28 pagi tadi.

Indeks Emas meningkat 44.29 mata pada 8,460.87, FBM Top 100 naik 38.84 mata kepada 8,273.70 manakala FBM 70 melonjak 78.22 mata kepada 8,136.15. FBM ACE, bagaimanapun, jatuh 4.58 mata kepada 4,293.82, Indeks Kewangan naik 49.89 mata kepada 10,910.29, Indeks Perladangan melonjak 77.47 mata kepada 6,273.05 tetapi Indeks Perusahaan turun 5.05 mata kepada 2,698.46.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 442 berbanding 218 manakala 230 kaunter tidak berubah dan 397 yang lain tidak diniagakan.

Sebanyak 855.102 juta saham bernilai RM1.047 bilion, bertukar tangan hari ini berbanding 824.615 juta saham bernilai RM1.004 bilion, yang dicatatkan semalam.

Harvest Court-Waran adalah kaunter paling cergas dengan 59.381 juta saham diniagakan dan ditutup lapan sen lebih tinggi pada 21 sen. Sementara itu, Harvest Court mengakhiri dagangan 5.5 sen lebih tinggi pada 32 sen.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama bertambah kepada 754.643 juta saham bernilai RM1.020 bilion, berbanding 663.863 juta saham bernilai RM969.327 juta. Dalam Pasaran ACE jumlah dagangan juga melonjak kepada 634.438 juta saham, bernilai RM15.892 juta berbanding 113.722 juta saham, bernilai RM23.945 juta sebelumnya.

Namun demikian waran susut jumlahnya kepada 31.070 juta saham, bernilai RM6.022 juta, daripada 42.298 juta saham, bernilai RM7.568 juta, yang diniagakan semalam.

Barangan pengguna menyumbang 28.495 juta saham yang diniagakan dalam Pasaran Utama, barangan perusahaan 276.989 juta, pembinaan 29.590 juta, perdagangan dan perkhidmatan 187.954 juta, teknologi 47.468 juta, prasarana 9.036 juta, kewangan 62.473 juta, hotel 1.076 juta, harta 91.419 juta, perladangan 18.510 juta, perlombongan 5,000, REIT 1.588 juta dan dana tertutup 40,000. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers