December 10, 2009

Lebihan suku ketiga lebih besar

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Imbangan pembayaran keseluruhan Malaysia (BOP) mencatatkan lebihan lebih besar sebanyak RM11.5 bilion pada suku ketiga tahun ini berbanding RM2.1 bilion pada suku yang sama, kata Jabatan Perangkaan.

Mengikut tahun ke tahun, BOP menunjukkan perubahan haluan kepada aliran masuk RM11.5 bilion berbanding aliran keluar RM31.5 bilion, disebabkan aliran keluar bersih lebih rendah dalam akaun kewangan berjumlah RM11.1 bilion berbanding RM62.0 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2008, kata Jabatan dalam kenyataannya di sini.

Jabatan itu menyebut, akaun semasa juga terus positif, meskipun lebihan lebih rendah sebanyak RM25.3 bilion bersamaan 14.9 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK), turun 12.2 peratus daripada RM28.8 bilion suku sebelum itu.

Penurunan itu sebahagian besarnya akibat ketirisan yang lebih tinggi pada pindahan semasa sebanyak RM2.8 bilion kepada RM6.7 bilion dan lebihan lebih rendah pada akaun perkhidmatan sebanyak RM921 juta kepada RM99 juta.

Sementara itu, aliran keluar bersih akaun kewangan bertambah baik sebanyak RM13.1 bilion berbanding RM11.1 bilion sebelumnya. Ia disumbangkan oleh pelaburan portfolio yang bertukar arah kepada aliran masuk bersih RM18.6 bilion daripada aliran keluar bersih RM9.9 bilion yang dilaporkan pada suku tahun sebelumnya.

"Lebihan akaun semasa itu sebahagian besarnya digunakan oleh ekonomi seperti yang ditunjukkan oleh aliran keluar pelaburan bersih dalam akaun kewangan," kata Jabatan itu.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sebanyak RM11.5 bilion pada suku ketiga tahun ini.

Bagi tempoh Januari-September 2009, BOP negara mencatatkan lebihan yang lebih rendah RM16.9 bilion, berbanding RM43.6 bilion yang direkodkan pada tahun 2008.

Pada masa yang sama, akaun semasa mencatatkan lebihan RM85.4 bilion, berbanding RM99.9 juta manakala akaun kewangan merekodkan aliran keluar bersih yang lebih tinggi sebanyak RM65 bilion.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers