KUALA LUMPUR 9 Dis - Harga-harga saham Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan kebanyakan bursa utama Asia, apabila pasaran mengikut petunjuk harga semalaman yang lebih rendah di Wall Street, kata peniaga.
Pada 5 petang, penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 5.70 mata lebih rendah pada 1,255.76, didorong oleh kerugian pada saham-saham berwajaran tinggi terpilih.Indeks itu dibuka 2.78 mata lebih rendah pada 1,258.68.
Seorang peniaga berkata purata industri Dow Jones merosot 92.66 mata kepada 10,297.45, Indeks 500 Standard & Poor jatuh 8.98 mata kepada 1,094.27 dan Indeks Komposit Nasdaq menyusut 8.81 mata kepada 2,180.80.
Indeks FBM Emas jatuh 34.81 mata kepada 8,365.57, Indeks FBM Top 100 susut 34.13 mata kepada 8,176.49, Indeks FBM 70 susut 21.70 mata kepada 8,052.22 dan Indeks FBM ACE jatuh 25.34 mata kepada 4,276.33.
Indeks Perladangan susut 23.45 mata kepada 6,251.61, Indeks Kewangan susut 51.091 mata kepada 10,794.31 dan Indeks Perusahaan susut 14.86 mata kepada 2,663.09.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung pada 391 berbanding 208 sementara 254 kaunter tidak berubah dan 427 yang lain tidak diniagakan.Jumlah dagangan menyusut kepada 623.886 juta saham bernilai RM896.117 juta berbanding 640.53 juta saham bernilai RM828.92 juta semalam.
Mendahului saham aktif ialah DSC Solutions Bhd, yang ditutup 49.5 sen lebih tinggi pada 74.5 sen. DSC Solutions, yang mula dipasarkan di Pasaran Ace hari ini, dibuka pada 50 sen iaitu premium sebanyak 100 peratus melebihi harga rujukan 25 sen selepas penerbitan bonus.
Jumlah dagangan pada Pasaran Utama menyusut kepada 450.938 juta saham bernilai RM813.494 juta berbanding 574.170 jta saham bernilai RM814.347 juta semalam.JPerolehan Pasaran ACE bagaimanapun meningkat kepada 150.092 juta saham bernilai RM77.278 juta daripada 44.691 juta unit bernilai RM9.312 juta sebelum ini.Dagangan Waran meningkat kepada 20.541 juta saham bernilai RM3.672 juta daripada 19.441 juta saham bernilai RM9.312 juta semalam.
Barangan pengguna menguasai 40.668 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan industri 92.222 juta, pembinaan 20.878 juta, urus niaga dan perkhidmatan 161.271 juta, teknologi 27.343 juta, prasarana 6.026 juta, kewangan 47.607 juta, perhotelan 1.691 juta, harta 40.648 juta, perladangan 11.586 juta, perlombongan 23,000, REIT 967,200 dan dana tertutup 8,500.- Bernama
December 10, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com