December 4, 2009

KLCI ditutup bercampur-campur

SAHAM di Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada paras bercampur-campur semalam ekoran pengambilan untung sederhana tetapi belian lewat di kaunter bermodal besar mendorong peningkatan kecil indeks pengukur pasaran, kata peniaga.

Dalam dagangan berjajaran sempit, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) naik 1.20 mata atau 0.09 peratus kepada 1,272.35.

Sebelumnya ia bergerak dalam jajaran 1,269.55 hingga 1,273.46 mata, selepas dibuka 1.48 mata lebih tinggi pada 1,272.63 pagi semalam.

“Bursa tempatan itu agak lemah hari ini (semalam) kerana pelabur mengambil untung daripada arah aliran meningkat dua hari tetapi minat belian lewat daripada beberapa dana institusi mengangkat indeks utama itu ke lingkungan positif,” kata peniaga.

Kenaikan teguh di beberapa kaunter kewangan dan perkhidmatan pengguna membantu membataskan kejatuhan.

Minat yang teguh kelihatan di kaunter Petronas Gas, CIMB Group, Maxis dan AMMB Holdings.

Pada jam 5 petang, Indeks FBM Emas menokok 0.03 mata kepada 8,460.90, Indeks FBM Top 100 meningkat 2.31 mata kepada 8,276.01 dan Indeks FBM ACE mengukuh 20.04 mata kepada 4,313.86.

Indeks Perladangan naik 0.83 mata kepada 6,273.88 dan Indeks Kewangan meningkat 34.49 mata kepada 10,944.78.

Indeks Perusahaan, bagaimanapun, susut 4.57 mata kepada 2,693.89 dan Indeks FBM70 turun 19.94 mata kepada 8,116.21.

Saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 338 berbanding 275 manakala 286 kaunter tidak berubah dan 386 yang lain tidak diniagakan.

Jumlah dagangan keseluruhan susut kepada 643.846 juta saham bernilai RM821.949 juta berbanding 855.102 juta saham bernilai RM1.047 bilion yang dicatatkan kelmarin.

KNM Group yang menerajui senarai saham cergas, turun sesen kepada 71.5 sen, Jerneh Asia-Waran melonjak 43.5 sen kepada RM1.13, Harvest Court-Waran susut 3.5 sen kepada 17.5 sen, Hubline-Waran menokok sesen kepada 12.5 sen manakala Vastalux jatuh 1.5 sen kepada 21.5 sen.

WCT, yang memperoleh kontrak bernilai RM363 juta daripada Malaysia Airports Holdings naik tiga sen kepada RM2.63.

CIMB Group naik 12 sen kepada RM12.98, Maxis menambah lima sen kepada RM5.42 dan AMMB Holdings mengukuh lapan sen kepada RM4.99.

Telekom Malaysia turun empat sen kepada RM3.00 dan MISC susut lapan sen kepada RM8.90.

Dagangan dalam Pasaran Utama mengecil kepada 563.458 juta saham bernilai RM807.438 juta, daripada 754.643 juta saham, bernilai RM1.020 bilion kelmarin.

Pasaran ACE mencatatkan dagangan lebih rendah berjumlah 43.184 juta saham bernilai RM6.933 juta berbanding 63.438 juta saham bernilai RM15.892 juta sebelumnya.

Waran, meningkat jumlahnya kepada 34.388 juta unit bernilai RM5.662 juta daripada 31.070 juta unit bernilai RM6.022 juta. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers