HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam berikutan ketiadaan petunjuk baru.
Pada akhir dagangan, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) ditutup 4.14 mata lebih tinggi kepada 1,259.9, didahului oleh belian berpilih di saham kewangan.
Ia dibuka 0.56 mata lebih tinggi kepada 1,256.32 mata.
Bagaimanapun, indeks petunjuk pasaran kekal di kawasan positif, disokong oleh perolehan semalaman di Wall Street.
Seorang peniaga berkata, pasaran terlebih beli dan terdapatnya potensi berlaku pembetulan ketara tidak lama lagi, selain terdapat beberapa aktiviti pengambilan untung ketika pelabur masih lagi bimbang mengenai pemulihan ekonomi yang belum begitu jelas.
TA Securities dalam nota penyelidikannya berkata, selepas ditutup pada paras rendah sejak tiga hari urus niaga lalu, momentum teknikal jangka pendek untuk petunjuk pasaran mewah akan terlebih jual, justeru lantunan semula secara teknikal akan menyusul.
Indeks FBM Emas meningkat 23.449 mata kepada 8,389.02, Indeks FBM Top 100 mengukuh 26.66 mata kepada 8,203.15 dan Indeks FBM 70 menambah 25.06 mata kepada 8,077.28 tetapi Indeks FBM ACE merosot 9.88 mata kepada 4,266.45.
Indeks Perladangan lebih rendah 14.67 mata kepada 6,236.94, Indeks Kewangan menambah 55.601 mata kepada 10,849.91 dan Indeks Perusahaan naik 10.12 mata kepada 2,673.21.
Saham rugi mengatasi saham untung dengan 334 berbalas 279 sementara 255 kaunter tidak berubah dan 412 yang lain tidak diniagakan.
Jumlah dagangan merosot kepada 572.191 juta saham bernilai RM818.013 juta berbanding 623.886 juta saham semalam yang bernilai RM896.117 juta.
Mendahului saham aktif, DSC Solutions merosot 6.5 sen kepada 68 sen, Eti Tech susut 2.5 sen kepada 47.5 sen dan Time Engineering meningkat satu sen kepada 41.5 sen.
Di kalangan saham mewah, Sime Darby ditutup tidak berubah pada RM8.94, Maybank naik dua sen kepada RM6.73, CIMB menokok empat sen kepada RM12.86 dan Maxis naik satu sen kepada RM5.36.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 434.287 juta saham bernilai RM761.950 juta berbanding 450.938 juta saham bernilai RM813.494 juta kelmarin.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE lebih rendah kepada 111.304 juta unit bernilai RM49.808 juta daripada 150.092 juta unit bernilai RM77.278 juta sebelumnya.
Waran, bagaimanapun, mengukuh kepada 24.21 juta saham bernilai RM4.357 juta daripada 20.541 juta bernilai RM3.672 juta kelmarin.
Produk pengguna menguasai 19.873 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 87.23 juta, pembinaan 29.615 juta, urus niaga dan perkhidmatan 156.866 juta, teknologi 21.462 juta, infrastruktur 8.374 juta, kewangan 39.860 juta, perhotelan 6.925 juta, hartanah 45.903 juta, perladangan 16.823 juta, perlombongan 40,600, REIT 1.287 juta dan dana tertutup 29,500. Bernama
December 11, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music



Create a playlist at MixPod.com