SAHAM di Bursa Malaysia ditutup lebih teguh semalam dengan pengukur pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 0.35 peratus sejajar dengan prestasi positif dalam pasaran serantau.
Peniaga berkata, terdapat sedikit belian kecil-kecilan di kaunter kewangan dan berkaitan perladangan apabila aliran meningkat di Wall Street semalaman dan berita Dubai World merancang untuk menyusun semula hampir separuh daripada hutangnya, membantu mencetuskan minat belian dalam pasaran tempatan.
FBM KLCI ditutup 4.44 mata lebih tinggi, didorong oleh kenaikan besar yang dicatatkan oleh Genting dan Kuala Lumpur Kepong.
Indeks utama itu bergerak di antara 1,267.88 dan 1,273.30 mata, selepas dibuka 6.57 mata lebih tinggi pada 1,273.28 pagi semalam.
“FBM KLCI diniagakan dalam lingkungan positif tetapi kenaikan terhad ekoran kegiatan mengambil untung sederhana di kaunter-kaunter terpilih yang mencatatkan kenaikan mendadak semalam,” kata peniaga.
Pada penutup, Indeks Emas meningkat 44.29 mata pada 8,460.87, FBM Top 100 naik 38.84 mata kepada 8,273.70 manakala FBM 70 melonjak 78.22 mata kepada 8,136.15.
FBM ACE, bagaimanapun, jatuh 4.58 mata kepada 4,293.82, Indeks Kewangan naik 49.89 mata kepada 10,910.29, Indeks Perladangan melonjak 77.47 mata kepada 6,273.05 tetapi Indeks Perusahaan turun 5.05 mata kepada 2,698.46.
Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 442 berbanding 218 manakala 230 kaunter tidak berubah dan 397 yang lain tidak diniagakan.
Sebanyak 855.102 juta saham bernilai RM1.047 bilion, bertukar tangan hari ini berbanding 824.615 juta saham bernilai RM1.004 bilion, yang dicatatkan kelmarin.
Harvest Court-Waran adalah kaunter paling cergas dengan 59.381 juta saham diniagakan dan ditutup lapan sen lebih tinggi pada 21 sen. Sementara itu, Harvest Court mengakhiri dagangan 5.5 sen lebih tinggi pada 32 sen.
Bagi saham cergas lain, KNM Group menambah 1.5 sen kepada 72.5 sen, Talam naik setengah sen kepada 9.5 sen manakala Green Packet-Waran kekal pada 71 sen.
Bagi saham kewangan, Public Bank meningkat lapan sen kepada RM10.98, Maybank menokok dua sen kepada RM6.90 dan Hong Leong Bank menambah lima sen kepada RM8.
Genting mengukuh 29 sen kepada RM7.18, Kuala Lumpur Kepong melonjak 56 sen kepada RM16.00 dan Sime Darby 13 sen lebih tinggi pada RM8.97. British American Tobacco jatuh 82 sen kepada RM45.28 dan YTL Corporation turun sesen kepada RM7.39.
Dagangan dalam Pasaran Utama bertambah kepada 754.643 juta saham bernilai RM1.020 bilion, berbanding 663.863 juta saham bernilai RM969.327 juta. - Bernama
December 3, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com