December 7, 2009

Mida terus usaha tarik pelaburan Asia Barat

LEMBAGA Kemajuan Perindustrian Malaysia (Mida) akan meneruskan usaha menarik kemasukan pelabur Asia Barat khususnya Dubai World meskipun sayap pelaburan utama kerajaan Dubai itu kini berdepan masalah kewangan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Jalilah Baba, berkata beliau yakin rundingan dengan Dubai World yang bermula tahun lalu akan diteruskan dan pihaknya tidak menerima sebarang hasrat pembatalan daripada syarikat itu susulan masalah berkenaan.

“Saya yakin masalah yang dihadapi Dubai World akan diselesaikan dengan segera, khususnya dengan bantuan kerajaan Abu Dhabi.


Kita akan terus berhubung dengan sayap pelaburan kerajaan Dubai itu. Rundingan untuk menarik pelaburan akan diteruskan dan tidak terbantut susulan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian baru-baru ini.

Jalilah berkata, Dubai World berminat melabur di negara ini susulan persekitaran perniagaan yang kondusif disediakan kerajaan selain kedudukan strategik di tengah rantau Asia.

Namun, Jalilah enggan mendedahkan nilai pelaburan yang dirancang agensi berkenaan di negara ini, tetapi berkata, ia adalah besar.

Menjelaskan mengenai rundingan itu, Jalilah berkata, agensi pelaburan kerajaan Dubai itu awalnya berminat untuk melabur dalam sektor pengeluaran keluli untuk dibekalkan kepada syarikat pembinaan dan industri di Asia Barat.

Bagaimanapun, pada peringkat awal rundingan tahun lalu, Mida mencadangkan supaya Dubai World melabur dalam sektor lebih berdaya maju seperti bioteknologi, pengeluaran makanan, pembungkusan, pelancongan dan hartanah.

“Minat pelaburan agensi itu adalah di Koridor Ekonomi Wilayah Pantai Timur (Ecer) dan Iskandar Malaysia dan ia sedang mempertimbangkan untuk melabur di negara ini khususnya dalam sektor yang dicadangkan kerajaan,” katanya.

Pasaran kewangan Asia Barat baru-baru ini dikejutkan apabila Dubai World, agensi yang bertanggungjawab membangunkan sebahagian besar projek pembinaan ikonik negara itu menangguhkan tarikh matang pembayaran balik hutang sekurang-kurangnya enam bulan lagi.

Pada masa sama, kerajaan Dubai pula mengumumkan rancangan penyusunan semula agensi itu dan syarikat di bawahnya yang memiliki liabiliti berjumlah AS$59 bilion dan meminta pemberi pinjaman kepada syarikat itu melanjutkan tempoh matang hutang sehingga Mei tahun depan.

Dalam usaha meredakan situasi panik pasaran kewangan serantau, Bank Pusat Emiriah Arab Bersatu, menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong sistem kewangan negara berkenaan.

Bank Pusat berkenaan juga bertekad untuk membantu bank tempatan dan asing yang beroperasi di negara itu jika mereka berdepan masalah kewangan dengan menawarkan kemudahan untuk meningkatkan kecairan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers